Thursday, January 29, 2009

Aku, Novel dan Lagu

Dalam sibuk tak nak update 'terupdate jugak. Dari hari selasa nak update akhirnya masuk jugak. Masa cuti Tahun Baru Cina fish singgah kat "BORDERS" Berjaya Times Square lepas tengok wayang ngan kengkawan fish Syihan & Eddie. Habis je cerita "Underworld 3 Rise of The Lycan" terus masuk kat situ then ternampak la novel terbaru Kak Norhayati Berahim. Terus je fish beli. Fish nak buat koleksi. Kebanyakkan novel dia fish ada. Baru nak start baca.......layan jap

"CHINTA" sebenrnya adalah watak seorang wanita dalam novel ni

penanda buku dari Korea dah ada tempat untuk diselitkan.....terima kasih Am

Borders......bukan sempadan tapi kedai buku

Sambil baca novel ni fish layan la lagu UK's. Sedap plak melayan perasaan sorang2 ni. Dah lama tak dengar lagu ni.......Di Luar Kemampuanku

Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
pasti suasana kan lebih bermakna

Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Katamu kasih sayang tak bererti
Tidak menjaminkan untuk esok hari

Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini
Ku mampu petik bintang dilangit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mapu pertahankan mu walaupun lawan ku seribu

Itu hanya bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam
Hakikatnya yang ku ada
Satu jasad satu nyawa satu cinta

Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasibmu
Kini aku menggenggam satu azam
Melempar khayalan untuk kehidupan

10 comments:

alhaqimi said...

jiwang karat ek!.. uhuks =P

arep said...

Ukays memang best.. feeling2 skit..

ermmmm.. masih bersedih ka?

eQbalzack said...

cuba bace buku Kisah-Kisah Nabi...hehe

shazali said...

huhu rajinnya baca novel...

saya cadangkan Fish cuba menulis..mana la tahu, cukup utk satu novel...boleh kami baca.. (blog ni tak masuk kira la..)

Fish said...

alhaqimi > jiwang la jugak tapi tak de la sampai karat

arep > sedih tu biasa la...teringat kalau dengar lagu yang menyentuh perasaan

abg eq > kalau abg eq ada boleh la pinjamkan kat fish, kalau tak ada nanti fish beli

shazali > hobi fish beli n baca novel.....ada gak niat nak menulis...tapi tunggu la

shazali said...

saya rekomen fish dengar lagu u.k's "bila diri disayangi". liriknya sangat bagus :)

alhaqimi said...

pak cik ditag!... ops en fish ditag!...lalalala

Anak Jawa said...

cuba baca Yassin (pinjam ayat abg eQ). hehehehe

Fish said...

shazali > fish dah dengar lagu tu banyak kali....huhuhuhu

alhaqimi > pakcik ke? eeeeee....fish muda lagi la....baru 23

AJ > insaf kejap......

LaraHati said...

best ke novel tu? cam sedap jer title dia...