Monday, January 19, 2009

Berakhir Sudah

Puas tengok juara lagu kat depan TV (walaupun tak dapat tengok kat stadium). Banyak persembahan menarik malam tadi. Tak tau nak pilih yang mana satu. Apapun tahniah buat Meet Uncle Hussain yang memecah dominasi Faizal Tahir dalam AJL 23 ni. Ramai yang jangka Faizal Tahir akan menang besar Dalam AJL 23. Apapun semua dah berakhir. Pada yang tak berjaya tu, cuba lagi tahun depan..... 2007 & 2008 kebangkitan band indi

Meet Uncle Hussain Juara Lagu & Juara Kategori Pop Rock - Lagu Untukmu

Faizal Tahir Juara Kategori Balada, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik - Sampai Syurga

Farahwahida Juara Kategori Etnik Kreatif - Persoalan Cinta

Apapun persembahan penutup gak yang best. Jacklyn Victor, Jamal Abdillah dan Juga M. Nasir. Tak lupa juga bintang Idola Kecil yang turut sama membuat persembahan 2 generasi. "Iluminasi Muzik" tema yang agak unik tapi tetap best. Ok la....fish dah nak masuk tido....Chiau Bedahhhh