Saturday, January 10, 2009

Permintaan Terakhir (Nyanyian banduan dari penjara)

Fish tak tau sama ada cerita ini betul atau tidak(walaupun cerita dah basi tetap fish nak post jugak....boleh), yang pasti Saleem telah menjadikan ianya kontroversi dengan mengatakan lagu ini dicipta semasa beliau berada dipenjara. Ntah la fish pun sedih dengar lagu ni berulang kali sebelum tidur bila mengenangkan cinta fish yang tak kesampaian..... ikuti kisahnya dan lirik lagu yg puitis yang dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan....... sedih, pilu dan kecewa dapat fish rasakan semasa mendengar lagu ni.....

Kisahnya berkisar tentang kedukaan seorang lelaki yang cuma tinggal seminggu untuk berkahwin dengan wanita pilihannya dan terpaksa akur dengan kehendak wanita itu untuk memutuskan perhubungan dan kembali kepada kekasih lamanya. Atas pemikiran pendek, beliau telah menamatkan riwayat wanita itu bersama kekasihnnya....

Lelaki itu kemudiannya menyerah diri dan meminta hukuman gantung dijatuhkan terhadap dirinya. Sebagai permintaan terakhir sebelum hukuman dijalankan, beliau telah memohon untuk memanggil semua kawan kawan yang dikenalinya didalam penjara untuk mendengar dan merekodkan lagu nyanyian tulus dari hatinya....dengarkan.....



Bertahun sudah ku menunggu dirimu
akhirnya kau menjadi milikku
sukarnya untuk ku melupakan mu
kerna kau ku cintai selalu..

Tapi sayang
kehadiran kekasih lama mu..
datang kembali mengenang cinta dahulu..

mengapa ini semua harus berlaku..
apakah ini semua kerna diriku..
sedangkan aku cuma watak dalam percintaan..
tak sanggup aku melepaskan mu…

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan…
tak tahu mana arah untuk kau menuju…

Andai kau pinta untuk melepaskan mu…
terpaksa aku turutkan….
Mungkinkah ini suatu pengajaran
di dalam percintaan…………..


Lagu ni bertajuk cinta tiga segi. Fish rasa hiba bila dengar lagu ni. Ditambah pulak suara Hazwan yg penuh perasaan bila menyampaikan lagu ni. Syahdu dan pilu.....

7 comments:

DrSam said...

salam,

permulaan lagu pun dah mendayu dan shahdu aja. pernah dengar cerita tentang permintaan akhir tu. mungkin ada kebenarannya.

Abangikan said...

ntah la dr. sam fish pun tak apsti betul atau tak....yang pasti cinta itu boleh mengundang bahana....

Anak Jawa said...

mcm ni cheq pun nk buat permintaan terakhir laa...

Abangikan said...

cheq nak mintak apa? jgn chek....

Nizam Ahmad said...

salam singgah :)
cerita tuh sume rekaan semata2.. sekadar menambahkan feeling org yg mdengar lagu nih.. kire strategi dia bjaya lar huhu.. smpai skrg x tau siapa komposer lagu nih..

skatype said...

SALAM fish...
mmg mndayu2 lagu nie..
ssuai sgt dgn cerita disebaliknya,,

Anonymous said...

Sedih dengar nya