Ni la dinner fish malam tadi. Masak masak kat penthouse ...... hehehhehehe ...... fish tukang makan je..maklum la kat umah baru ni tak ada dapur lagi so terpaksa la naik kat penthouse masak masak. Fish tukang tumbuk sambal belacan je....yang lain tu member fish yang masak, Chef Eina. Masakan ala ala kampung dan tanpa minyak. Kena kurangkan makanan berminyak untuk jaga kesihatan. Yang penting makan tetap tambah walaupun tak banyak lauk pauk yang dimasak memandangkan ada ulam ulaman segar (walaupun 2 jenis je) tetap menyelerakan. Tema dinner malam tadi adalah makanan orang utara iaitu negeri Kedah, negeri kelahiran fish. Lama tak merasa masakan Kedah so enjoy....jom makan makan
Asam pedas ikan selar style kedah..... Kerang rebus Ulam kobis dan kacang kelisa (kacang botoi belah utagha) Sambal belacan (fish jadi tukang tumbuk) pedas.......
Ulam ulaman dan kerang rebus sedap dimakan dengan sambal belacan.....p/s : kalau ada sapa sapa nak rasa makanan utagha ni mai la kat penthouse........hehehehee.... abis la kaum kerabat cheq....abih kena masak.... dengaq cherita ada jugak oghang masak ikan sebarau.... tak tau la menu apa dia pun tak habaq mai kat cheq.....tak pa la no, nak buat macam mana....ada jugak la oghang belah selatan dok tak dok dah pandai cakap utagha.....anak sapa tak tau......
12 comments:
Fish,
Sambal belacan tu kan mmg nmpk sedap giler.. i pun gemar mkn sambal belacan.
Nak tnya cket.. fish goreng dulu ke cili padi n belacan n then tumbuk. nmpk mcm oily cket.
menu ur dinner tuh buat i kecur air liur ;p
tak goreng....nampak mcm oily tu sbb campurkan dgn pes asam jawa (bukan anak jawa yer) dgn limau kasturi skit
kalau goreng dah jadi sambal belacan style indon
alamak! kerangg...sedap tapi gue alergic la bro...
p/s: dok tunggu entry ikan sebarau goreng 4 rasa nih...hehe
tapi sebelum tu nak rasa dulu boleh ke? nak rasa ikan sebarau tu
Hahaha Ohhh asam jawa rupanya!
arwah opah i dulu panggil gulai asam pedas utara tu 'gulai kak tijah'
apasala panggil gulai kak tijah? atau mmg kak tijah yg cipta resepi tu.....asam jawa je....banyak khasiat dia
Wow, look yummy!
mmg sedap mi (bukan nak puji la)cheq sampai 2 kali tambah
Ceritanye bermula begini...
Arwah kak tijah ni org utara dan berkahwin ngan org kt kg i. kak tijah ni slalu buat gulai asam pedas ni lah. org dulu2 suka bertukar2 hidangan ngan jiran2 tetangga. dia mmg handal memasak. so gulai asam pedas dia mmg dah terkenal satu kg dek kerana kesedapannya. maka ramai la org2 kg i pi blajaq cara2 memasaknya. jd gulai ni dinamakan gulai kak tijah sempena nama kak tijah yg tlh mengfamouskan gulai asam pedas utara ni kt kg i..
fish, u ni musti pandai masak, kan?
tak de la pandai sangat pun...cukup untuk makan diri sendiri dan kengkawan...masaan ala ala kampung...
motip sebut2 nama ANAK JAWA dlm sambal belacan???
tak kasi komisyen kat cheq pun....
sapa makan cabai dia la yg rasa pedas (takkan nak rasa anak jawa.....eh asam jawa)
Post a Comment