Thursday, January 29, 2009

Aku, Novel dan Lagu

Dalam sibuk tak nak update 'terupdate jugak. Dari hari selasa nak update akhirnya masuk jugak. Masa cuti Tahun Baru Cina fish singgah kat "BORDERS" Berjaya Times Square lepas tengok wayang ngan kengkawan fish Syihan & Eddie. Habis je cerita "Underworld 3 Rise of The Lycan" terus masuk kat situ then ternampak la novel terbaru Kak Norhayati Berahim. Terus je fish beli. Fish nak buat koleksi. Kebanyakkan novel dia fish ada. Baru nak start baca.......layan jap

"CHINTA" sebenrnya adalah watak seorang wanita dalam novel ni

penanda buku dari Korea dah ada tempat untuk diselitkan.....terima kasih Am

Borders......bukan sempadan tapi kedai buku

Sambil baca novel ni fish layan la lagu UK's. Sedap plak melayan perasaan sorang2 ni. Dah lama tak dengar lagu ni.......Di Luar Kemampuanku

Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
pasti suasana kan lebih bermakna

Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Katamu kasih sayang tak bererti
Tidak menjaminkan untuk esok hari

Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini
Ku mampu petik bintang dilangit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mapu pertahankan mu walaupun lawan ku seribu

Itu hanya bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam
Hakikatnya yang ku ada
Satu jasad satu nyawa satu cinta

Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasibmu
Kini aku menggenggam satu azam
Melempar khayalan untuk kehidupan

Aku dan Hujan

Banyak pulak keje kat office hari ni. Nasib baik fish sempat habiskan sebelum balik. Nak balik awal pun tak leh plak. Hujan lebat sebelum fish keluar office tadi. Sementara tunggu bas sampai snap la dua tiga keping gambar masa hujan sambil dengar lagu kat HP fish. Teringat pulak masa kecik2 main hujan. Tapi dah besar takut pulak nak main hujan. Hujan seringkali mengembalikan ingatan fish pada kenangan2 yang tak boleh fish lupakan. Banyak sangat...... malas plak nak update sebab tengah berangan dalam hujan...hahahahahahaha.....

nak snap pic titisan air kat daun, tak sempat nak ambik sbb bas dtg....tgk je la

susana hujan lebat dekat office......sejukkkkkk

Tuesday, January 27, 2009

Makan Makan @ Ampang Look Up Point

Semalam fish join ngan kengkawan makan makan kat Ampang Look Up Point. Tak tau plak ada look up point kat ampang ni. Bertolak dari umah lebih kurang kul 8.20 malam. 15 minit sampai kat situ. Ramai jugak yang datang makan kat sini maklum la cuti Tahun Baru Cina. Fish ngan kengkawan fish Amir, Shahir, Eina, Syihan, Abg Joe, Zarul, Sarah & Eddie terus cari tempat makan. Kitaorang pilih untuk makan kat Bread & Olive Cafe. Makanan Arab atau Makan ala ala Meditrenean

Ni cafe yang kitaorang pilih Bread & Olive Cafe

Shahir, Eina, Eddie & Syihan

Sarah (bertudung biru) Amir, Abang Joe & Zarul

Tempat duduk kat kat luar berlatar belakangkan pemandangan bercahaya bandaraya Kuala Lumpur dari Ampang Look Up Point. Kitaorang pilih untuk duduk kat luar walaupun tempat makan dia hampir penuh. Ramai warga arab makan kat sini. Tempat yang menarik untuk dating dan hang out dengan kengkawan. Makanan dia pun menarik dan tak la mahal sangat


Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari Ampang Look Up Point

Menu pilihan Amir......tetap nak makan nasi

Sarah Pilih Meditreanean Pizza.....atau Pizza Arab

So ni la menu pilihan ramai malam tu....grill chicken chop

ni menu fish & zarul....mexican roll (lupa plak nama dia) or chicken shawarma

B & O Flava Layer....mesti cuba ni....sedap....ada Blended Mango, Cherry, Orange & Watermelon blended with ice

Fuhhh....kenyang malam tu. Apapun memang seronok bila makan ramai ramai. Lepas makan je terus ada sesi bergambar kat kawasasn sekitar dan sama waktu dengannya. Arrrgghhh....penuh dengan gambar kontroversi (kontroversi ke) korang tengok la drama kat Ampang Look Up Point ni

Lakonan Eina & Eddie

Dibantu oleh Amir Farid

Dalam Cerekarama "Cinta Tiga Segi".....Akan muncul di LCD TV rumah anda.....Tragis

Arahan Ahmad Rosidi & Md Zarul

p/s: sorry la pic tak brapa nak clear....pakai HP guna night mode...ada pic yg blur

Monday, January 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Fish nak wish Selamat Tahun Baru Cina pada semua kengkawan fish yang beragama buddha tak kira walau diamana mereka berada "Gong Xi Fa Cai"...... Pada kengkawan yang lain selamat bercuti dan pada sesapa yang balik kampung tu berhati hati dijalan raya. Utamakan keselamatan anda dan orang yang anda sayang. Anda mampu mengubahnya.

limau yang sinonim dengan perayaan tahun baru cina

p/s: josh.....wa pun mau limau jugak lor.....malas mau suntik vitamin c

Sunday, January 25, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Lepas mandi manda kat Sungai Rumput, balik umah fish terus tertido....nasib baik terjaga.. kalau tak, hanyut la jawab dia. Hari ni sempat juga la fish masuk panggung kat Pavilion. Tengok citer Inkheart. Tak perlu fish nak buat ulasan pasal citer ni... kang tak best plak. So pada sesapa yang nak tengok citer Inkheart ni silalah ke pawagam berdekatan dengan rumah masing masing. Bagi fish cerita ni menghiburkan.... Terima kasih buat kawan fish yang sudi ajak fish tengok citer ni. Dah lama tak masuk panggung......layannnnnnn....

tiket ni boleh diframekan kemudian.......

sebelum tengok wayang fish makan2 kat food republic kat pavilion...popiah basah....

fishball noodle soup...ipoh mali katanya.......padahal mak indo yang buatkan

food republic yang sentiasa penuh...nak cari tempat duduk pun susah.....

Penuh jugak aktiviti hujung minggu fish kali ni. Apapun terima kasih kat Abang Eq sebab ajak fish mandi manda kat Sungai Rumput, Batu 12 1/2 Jalan Bentong (ada yang panggil Sungai Pisang). Tak lupa juga buat Ayie & Roy. Hilang stress sekejap berlibur kat Sungai Rumput (tetiba ada photographer dari majalah libur ambil gambar kitaorang kononnya nak masuk dalam majalah libur). Fish memang suka mandi manda sebab tu kekadang lupa benda lain...hahahahaha... apapun fish enjoy (habis la abg sebarau tak tahan sejuk, biasa sebarau kat kawasan sungai yang tak berapa sejuk)........fish & sebarau jumpa air tak hengatttttttt......

sungai rumput yang masih jernih walaupun pernah tercemar suatu ketika dahulu

apam balik yang masih panas....ni baru sarapan

speghetti yang abang eq buat.......sedap.......mrasa la sapa tengok gambar ni...

p/s: buat roy & ayie, kalau terbaca blog ni....fish nak gambar2 masa mandi manda tu yer..

Saturday, January 24, 2009

Pening....

Fish minta maaf la sebab tak dapat nak update blog buat sementara ni sebab kesihatan tak berapa mengizinkan. 2-3 ari ni fish pening skit. Banyak keje kat office yang belum diselesaikan. Ada jugak la yang speku fish kena darah tinggi macam abg eq (mati la kena caras ngan abg eq). Yang penting sekarang ni kena jaga pemakanan. Tu je yang doktor nasihatkan sebab fish senang nak kena food poisoning (ikan pun kena food poisoning ke?). So buat sementara ni fish nak rehat dan fish akan update blog ni kemudian.....tak nak la bersawang lama lama.

nak rehat dulu.... kalau dah ok nanti fish akan sambung apa yang patut........

Tuesday, January 20, 2009

Makan dan Makan Lagi

Makan lagi(ikut tajuk kat atas) Ntah la.....mood pun happy so makan je la keje fish. Malam tadi fish dinner ngan eddie....memandangkan dia demam so fish terpkasa la temankan dia makan. Hajat hati nak beli makan kat pasar malam taman cahaya, tapi tak ada yang menarik so fish makan la kat tempat biasa, kat LRT Corner, dekat ngan umah fish. So tem makanan malam tadi "makanan orang sakit" Sup Ayam dan Kailan Goreng Ikan Masin...korang tengok je la...

kailan goreng ikan masin

Sup Ayam

Apa yang membuatkan kita happy? Kekadang ada gak org tanya fish, bila baca blog macam sedih tapi bila diaorang tengok fish nampak happy....mmm bagi fish makanan boleh membuatkan seseorang tu happy .. ntah la hari ni memang mood happy. Waktu lunch tadi boss belanja semua staff kat Seri Pacific Hotel. Kul 1 tengahari tadi fish dah terpacak kat Seri Pacific Hotel dengan bebudak office. Masuk je kat Saveur Restaurant dah ramai orang. Nampak je makanan yang terhidang mood terus happy. Banyak sangat fish makan hari ni. Kenyang sangat. Gambar makanan yg lain tak leh nak snap...kang ada plak kutuk fish buruk lantak (sekali sekala makan free apa salahnya) so tengok la balance gambar yang fish dah snap.....

Mangsa pertama...sudu dan garpu

Deko meja yg simple dan menarik

Ni yang boleh diuploadkan yang lain censored........Aiskrim 4 perisa....yummy

Monday, January 19, 2009

Berakhir Sudah

Puas tengok juara lagu kat depan TV (walaupun tak dapat tengok kat stadium). Banyak persembahan menarik malam tadi. Tak tau nak pilih yang mana satu. Apapun tahniah buat Meet Uncle Hussain yang memecah dominasi Faizal Tahir dalam AJL 23 ni. Ramai yang jangka Faizal Tahir akan menang besar Dalam AJL 23. Apapun semua dah berakhir. Pada yang tak berjaya tu, cuba lagi tahun depan..... 2007 & 2008 kebangkitan band indi

Meet Uncle Hussain Juara Lagu & Juara Kategori Pop Rock - Lagu Untukmu

Faizal Tahir Juara Kategori Balada, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik - Sampai Syurga

Farahwahida Juara Kategori Etnik Kreatif - Persoalan Cinta

Apapun persembahan penutup gak yang best. Jacklyn Victor, Jamal Abdillah dan Juga M. Nasir. Tak lupa juga bintang Idola Kecil yang turut sama membuat persembahan 2 generasi. "Iluminasi Muzik" tema yang agak unik tapi tetap best. Ok la....fish dah nak masuk tido....Chiau Bedahhhh

Sunday, January 18, 2009

Dinner & Malam Kemuncak AJL23

Malam ni akan berlangsung Malam Kemuncak AJL 23 kat Stadium Putra Bukit Jalil. Fish macam biasa la, fish menapak ke atas kat penthouse untuk tengok siaran langsung. Kebetulan plak sebelum siaran langsung tu Chef Ina ajak fish gi the store nak beli barang. So fish iku je la. Sementara tunggu AJL23 bersiaran langsung kat TV3, fish tolong Chef Ina masak masak (bukan main masak masak) untuk dinner sambil menonton AJL 23. Tengok2 la gambar kat bawah ni hasil penat lelah Chef Ina atas pertolongan fish (nak jugak enterpreme)

Siakap Goreng Bercili

Brokoli Goreng Sos Tiram

Telur Dadar (wajib ni)

Dinner for tonight.......

Malam ni akan terjawab teka teki siapa bakal kuasai AJL 23. Ada la yang ajak fish pegi tengok AJL23 kat Stadium Putra, apapun fish ucapkan terima kasih sebab ajak fish. Ramai yang dah berpusu pusu ke Stadium Putra. Fish lebih suka tengok siaran langsung kat TV. Ok la fish nak dinner sambil tgk AJL 23........chiow

Friday, January 16, 2009

Demam Juara Lagu

Demam juara lagu dah bermula tapi juara lagu dah banyak hilang serinya. Banyak barisan pelapis yang layak ke AJL 23 thun ni. Media cetak dan media elektronik berperang dengan berita malam kemuncak AJL 23 yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil 18 January 2009. Apapun fish wish all the best pada semua artis yg terlibat (rasa mcm artis yang kecewa tak dapat masuk Final AJL 23) dan tak lupa juga pada sorang kawan fish yang akan jadi background singer untuk Faizal Tahir (tahun lepas Fazli Zainal) pada malam AJL 23 nanti (dia dah on the way datang KL). Fish macam biasa la tengok siaran langsung kat TV la (TV pun tak ada...kekekek). Bawah ni finalis AJL 23. Korang sokong siapa?

Pop Rock
Elyana - Kalis Rindu
Estranged - Yang Pernah
Meet Uncle Husin - Lagu Untukmu
Sofaz - Bukan Disini
Stacy - Aku Stacy

Balada
Aizat - Lgu Kita
Ayu - Hanya Dimercu
Faizal Tahir - Cuba
Faizal Tahir - Sampai Syurga
Spider - Bila Nak Saksi
Ziana Zain - Dingin

Etnik Kreatif
Aiman - Dusta Berkalang
Farahwahida - Persoalan Cinta
Zahid & Heliza - Doa Dalam Lagu

p/s: kalau ada tiket lebih boleh la pass kat fish...heheheheheheh

Thursday, January 15, 2009

Aku Dan Puisi Ini

Aku Dan Puisi Ini


Aku masih tercari cari didalam samar
Aku masih tercari cari sinar
Samar dalam mencari cinta
Sinar dalam samar cinta
Cinta yang tiada penghujung
Cinta yang tak pernah padam

Aku cuma insan biasa yang menagih cinta
Aku cuma insan biasa yang menrauh harapan
Cinta dan harapan yang tak pernah padam
Cinta dan harapan yang sering beriringan
Bukan kiasan
Bukan lakonan
Bukan mainan

Bukan madah berhelah
Bukan madah berhujah
Berhujah bukan merayu
Berhujah memujuk sesuatu
Sesuatu yang tak pasti
Sesuatu yang dinanti
Yang dinanti tak kunjung tiba
Yang dinanti tinggal hiba

Yang tinggal hanya....
Aku dan puisi ini

Lunch?

Alhamdulillah pagi ni fish bangun awal maklum la sebelum ni asyik terbabas je. 7.45 dah klua dari umah....sempat sampai kat opis sebelum pukul 9. Semangat nak keje dah ada walapun sebelum ni susah nak bangun pagi. Bila dah duduk sorang ni baru terasa sunyi. Insyaallah fish akan cari housemate dalam waktu yang terdekat ni. At least tak ada la sunyi sangat dan tak terlalu membebankan bila menyewa seorang. Malas plak nak buat entry panjang panjang. Kang tak larat plak org nak baca.Ok la fish nak sambung buat keje plak. Tengok je la pic kat bawah ni.

tetap nak pose jugak

lunch pack nasi campur je.....ada kari daging, sayur lemak pucuk manis dan juga ikan bilis goreng bercili
mmm......sedap....

Wednesday, January 14, 2009

Me and My Breakfast

Semenjak pindah umah baru ni fish asyik bangun lambat pulak. Tak tau kenapa. Dah kunci jam pun still malas nak bangun. Kata tido lambat tu tak de la lambat sangat. Pastu masuk office pun lambat. Kengkawan kat office pun dah perasan yg fish kerap masuk lambat kebelakangan ni. Mmmmm.... ntah la kekadang tu ada gak la tido lambat tapi still bangun awal..... semenjak dua ni je terbabas. Mungkin juga fish terlalu memikirkan masalah yang belaku sbelum ni.. mmmm sabar je la buat sementara ni. Tahun baru ni kena kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan walau apa pun yang berlaku....... hidup mesti ceria

sekadar gambar hiasan

Dah la sampai opis lambat, siap pegi beli sarapan lagi bukan nak terus buat kerja.....hahaahaha. Nasib baik la bos out station, jumaat ni baru balik. Apapun sarapan fish pagi ni simple je... Nasi Lemak Ayam Berempah (Nasi Lemak Cikgu @ Klana Ayam RM 1.70 Je)

dalam tak leh snap...presentation out

nescafe buat sendiri kat pantry

Tuesday, January 13, 2009

Merawat Luka Terpendam


sukar untuk ditafsirkan hati ini luar ceria, dalam bergelora

mungkinkah ada sinar cinta lagi untukku.....

Dah lama fish nak masukkan entry ni tapi tak berkesempatan sibuk skit minggu ni. Ni pun dah lama tak update blog ni. Lagi pun rasanya dah cukup lama fish simpan cerita ni dan ada diantara kawan fish yang masih tak tahu status fish dengan "sidia". Apa pun fish dah tak ada apa apa hubungan lagi dengan "sidia". Walaupun hati masih sayang....tapi kehidupan tetap fish kena diteruskan. 5 tahun yang penuh dengan kenangan dan penuh dengan dugaan sekelip mata berkahir. Mungkin dah sampai masanya untuk fish baiki kelemahan diri fish. Fish terima seadanya apa yang telah berlaku.

Terima kasih atas cinta yang telah fish rasa dan terima kasih atas kasih sayang yang fish dapat selama ni. Terima kasih juga fish ucapkan pada kengkawan yang tahu keadaan fish skrg ni dan tak lupa juga pada beberapa org sahabat fish atas bantuan dan sokongan. Jutaan maaf fish pohon andai ada salah dan silap fish selama ini. Bukan fish nak meraih simpati. Fish tak pasti sejauh mana fish mampu bertahan dengan situasi sekarang ni dalam keadaan fish yang masih "Merawat Luka Yang Terpendam"

Merawat luka yang terpendam
Kesannya masih berdarah
Hendak ku tangiskan tiada pedih
Yang telah terjadi padaku
Pasrah aku terima

Kau hujankan penghinaan
Aku renjis kesabaran
Aku curah pertanyaan
Adakah bahagia
Nanti akan menyingkir hiba

Dalam ribut ada hina
Dalam tenang ada sabar
Dalam tangis sendirian

Berkemungkinankan bahagia
Nanti akan menyusur tiba
Bukan ku mengundang bencana
Juga tak ku menabur dosa

Tak dapat dinafi kebetulan
Dugaan menimpa diriku
Rela aku terima

Saturday, January 10, 2009

Permintaan Terakhir (Nyanyian banduan dari penjara)

Fish tak tau sama ada cerita ini betul atau tidak(walaupun cerita dah basi tetap fish nak post jugak....boleh), yang pasti Saleem telah menjadikan ianya kontroversi dengan mengatakan lagu ini dicipta semasa beliau berada dipenjara. Ntah la fish pun sedih dengar lagu ni berulang kali sebelum tidur bila mengenangkan cinta fish yang tak kesampaian..... ikuti kisahnya dan lirik lagu yg puitis yang dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan....... sedih, pilu dan kecewa dapat fish rasakan semasa mendengar lagu ni.....

Kisahnya berkisar tentang kedukaan seorang lelaki yang cuma tinggal seminggu untuk berkahwin dengan wanita pilihannya dan terpaksa akur dengan kehendak wanita itu untuk memutuskan perhubungan dan kembali kepada kekasih lamanya. Atas pemikiran pendek, beliau telah menamatkan riwayat wanita itu bersama kekasihnnya....

Lelaki itu kemudiannya menyerah diri dan meminta hukuman gantung dijatuhkan terhadap dirinya. Sebagai permintaan terakhir sebelum hukuman dijalankan, beliau telah memohon untuk memanggil semua kawan kawan yang dikenalinya didalam penjara untuk mendengar dan merekodkan lagu nyanyian tulus dari hatinya....dengarkan.....



Bertahun sudah ku menunggu dirimu
akhirnya kau menjadi milikku
sukarnya untuk ku melupakan mu
kerna kau ku cintai selalu..

Tapi sayang
kehadiran kekasih lama mu..
datang kembali mengenang cinta dahulu..

mengapa ini semua harus berlaku..
apakah ini semua kerna diriku..
sedangkan aku cuma watak dalam percintaan..
tak sanggup aku melepaskan mu…

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan…
tak tahu mana arah untuk kau menuju…

Andai kau pinta untuk melepaskan mu…
terpaksa aku turutkan….
Mungkinkah ini suatu pengajaran
di dalam percintaan…………..


Lagu ni bertajuk cinta tiga segi. Fish rasa hiba bila dengar lagu ni. Ditambah pulak suara Hazwan yg penuh perasaan bila menyampaikan lagu ni. Syahdu dan pilu.....

Thursday, January 8, 2009

Dinner @ Penthouse

Ni la dinner fish malam tadi. Masak masak kat penthouse ...... hehehhehehe ...... fish tukang makan je..maklum la kat umah baru ni tak ada dapur lagi so terpaksa la naik kat penthouse masak masak. Fish tukang tumbuk sambal belacan je....yang lain tu member fish yang masak, Chef Eina. Masakan ala ala kampung dan tanpa minyak. Kena kurangkan makanan berminyak untuk jaga kesihatan. Yang penting makan tetap tambah walaupun tak banyak lauk pauk yang dimasak memandangkan ada ulam ulaman segar (walaupun 2 jenis je) tetap menyelerakan. Tema dinner malam tadi adalah makanan orang utara iaitu negeri Kedah, negeri kelahiran fish. Lama tak merasa masakan Kedah so enjoy....jom makan makan

Asam pedas ikan selar style kedah.....

Kerang rebus

Ulam kobis dan kacang kelisa (kacang botoi belah utagha)

Sambal belacan (fish jadi tukang tumbuk) pedas.......

Ulam ulaman dan kerang rebus sedap dimakan dengan sambal belacan.....

p/s : kalau ada sapa sapa nak rasa makanan utagha ni mai la kat penthouse........hehehehee.... abis la kaum kerabat cheq....abih kena masak.... dengaq cherita ada jugak oghang masak ikan sebarau.... tak tau la menu apa dia pun tak habaq mai kat cheq.....tak pa la no, nak buat macam mana....ada jugak la oghang belah selatan dok tak dok dah pandai cakap utagha.....anak sapa tak tau......