Showing posts with label image taken by Sonyericsson W960i Mobile Phone. Show all posts
Showing posts with label image taken by Sonyericsson W960i Mobile Phone. Show all posts

Saturday, August 29, 2009

Black Canyon









Tarikh : 28 Ogos 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Black Canyon Cafe, Jaya Jusco AU2 Keramat
Kawan2 : Abang Shak, Abang Joe, Abang Naim, Mama Larn, Eina, Zarul, Eiz, Madi , Fendi, Shahir & Amir

Alhamdulillah...hari ni fish makan makan dengan kengkawan fish dekat Blacak Canyon Cafe didalam Jaya Jusco AU2 Keramat. Banyak pilihan untuk makan kat sini. Selepas berbuka ala kadar dekat rumah Abang Shak (terima kasih tuan umah - lain kali kami datang lagi kalau dijemput) terus ke JJ Au2 untuk makan2. Dan terima kasih pada semua yang datang...

Thursday, August 27, 2009

Ketuk Ketuk Kuali Ramadhan

Hari ke 5...ketuk ketuk kuali sambil buat cucur ikan bilis

Hari Ke 5

Hari Ke 4

Hari Ke 3

Hari Ke 2

Alhamdulillah dah 5 hari berpuasa. Banyak cabaran dan dugaan bulan Ramadhan ni dan paling mengujakan ialah juadah yang disediakan di bazaar Ramadhan. Dan sepanjang bulan Ramadhan ni fish tak beli kat bazaar Ramadhan. Fish lebih banyak menghabiskan masa kat dapur untuk memasak juadah berbuka. Masak apa yang ada kat dalam peti ais. Mudah dan yang penting boleh panaskan balik untuk sahur. Terima aksih juga kat kawan2 fish kat penthouse (Zarul & Eina) yang berkongsi resepi dan jugak berbuka bersama tak lupa juga housmate fish (Fendi). Tengok je la gambar gambar diatas...hasil penat lelah Ketuk Ketuk Kuali Ramadhan....

p/s : memang berbaloi masak sendiri

Ku Miliki Abadi...


Tak ku duga belum lama cinta kita diperdaya
Gelora berlalu saja
Asmara yang dalam dada tak lagi didamba
Walau pernah hadir dalam jiwa

Keluhuran kasih dicari
Hadir menghiasi sepi dihati
Ku jelajahi bahagia yang ku ukir sendiri
Selagi ku berupaya berkasih
Ku miliki abadi

Dicari cari dimanakah silapnya...oh
Pesona melukai hati yang rapuh
Asmara yang dalam dada tak lagi didamba
Walau pernah hadir dalam jiwa
Gemilangkan cinta kepada yang sudi
Bahagia yang sebenar kini hadir
Oh Kasih...
Ku miliki abadi......yang abadi

Thursday, August 20, 2009

Kembali

Chombi (putih) & Bidin (oren)


Hari ni fish kembali setelah 2 bulan tidak mencoretkan kisah hidup fish. Fish berehat panjang sebab fokus pada kerja yang semakin banyak dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Apapun kehidupan tetap penuh dengan cabaran dan liku yang perlu fish tempuhi. Kali ini fish tidak keseorangan lagi kat rumah memandangkan fish dah ada housemate. Harap2 lepas ni tak sunyi sangat walaupun fish ada bela kucing dua ekor (lihat gambar) yang kekadang tak terlayan disebabkan terlalu manja.

Ok lah....akan bersambung lagi....

p/s : Pada semua fish minta maaf sebab terlalu lama tak update blog ni.

Saturday, June 20, 2009

Suka Duka Ulang Tahun......Bukan Niatku


Sering kali ku terfikirkn mu
Dikaulah pada malam syahdu
Tertanya apakah salahku
Hingga jadi begini

Namamu berbisik di telinga
Wajahmu bermain dimata
Terhimbas kembali sejarah kita
Air berlinang dari mata


Sungguh bukan niat untuk menyakitimu
Percayalah kasih
Apa gunanya aku merayu
Jika engkau dah tak sudi


Maafkan aku kerna ku bersalah
Ku ingin kita kembali bersama
Tak rela aku berpisah denganmu
Kerna itu bukan niatku

Oh

Dalam hati kau selalu kucinta
Impian ku untuk kita bersama
Ku tahu tak pernah kita bercinta
Namun ku berdoa suatu hari hatimu kan terbuka

Thursday, May 21, 2009

Saat Yang Terindah

sebatang lilin yang menerangi makan malam fish.....saat yang terindah

Masa makan malam semalam kat LRT Corner, tak ada letrik (sama macam umah fish je) jadi fish makan bertemankan cahaya lilin je. Cukup tenang dan fish tertarik dengan cahaya lilin yang menerangi meja fish (walaupun bukan candle light dinner). Hati fish tenang dengan cahaya lilin....membakar diri untuk menerangi dan memberikan cahaya buat orang lain walaupun dalam kesamaran.

Banyak yang bermain difikiran fish masa tu...bertemankan seseorang, tiada yang terindah melainkan suasana yang begitu mendamaikan,tenang. Suasana yang boleh mengeratkan sesebuah ikatan yang baru bermula.....terima kasih pada sidia yang menemankan fish makan bersama.......

Saturday, February 21, 2009

Semoga Cepat Sembuh

Tarikh : 21 Februari 2009
Tempat : Hospital Gleaneagles Intan, Jalan Ampang
Masa : 2.00 petang

Hari ni fish pegi melawat salah seorang kawan fish yang baru selamat menjalani pembedahan semalam dekat Hospital Gleneagles Intan, Jalan Ampang. Fish ambik kesempatan ni nak wish kat Ina semoga cepat sembuh. Buat sementara ni jangan main volleyball plak. Fish pegi ngan kengkawan fish, sampai kat sana dah ramai yang ada. Tak sempat nak ambik gambar reramai, Insyaallah kalau ada kesempatan fish pegi lagi

gambar kaki pun nak snap gak ke?mmmmmmm....apa2 je la

dari kiri: Eiz, Sally, Sarah Ina, Sab & Zarul...yg lain tak sempat nak snap


Friday, February 20, 2009

Sudah TakdirNya Begitu

Fish berdoa agar kembali tenang seperti dulu......Insyaallah

Alhamdulillah fish masih dapat mengawal emosi fish 2-3 hari ni. Terima kasih pada kengkawan yang tak putus putus bagi sokongan dan kekuatan pada fish. Walaupun banyak dugaan dalan bulan ni, fish kena tumpukan pada kerja fish, takut terganggu. Terima kasih pada semua. Mungkin perjalanan hidup fish penuh dengan dugaan pada awalnya, dah fish harapkan bahagia akan menjelma. Mungkin "Sudah TakdirNya Begitu".......

Hidup Ibarat Didalam Sangkar
Mata Terlepas Batinku Tersiksa
Rindu Membara Yang Kian Membakar
Dipinggir Hati Yang Sengsara

Masihkah Dapat Aku Hiaskan
Cintamu Itu Ditaman Hatiku
Kepada Tuhan Kuterus Berdoa
Agar Kembali Ketenangan..

Walaupun Kusedari Hebatnya Dugaan
Namun Hatiku Menaruh Harapan
Seringkali Kuterasa Inginnya Ku Ulangi
Saat Yang Indah Bersama Dirimu..

Kasih Yang Bersarang Di Hati
Wangi Bagai Harum Kasturi
Seandainya Takdir Mengizinkan
Relanya Aku Menyambung Semula
Ikatan Yang Telah Putus Dulu..

Bukan Niat Kita Untuk Berpisah
Tetapi Keadaan Yang Memaksa
Lalu Kita Pun Masih Terus Saling Merindu
Kerana Sudah Takdir-Nya Begitu...

Hidup Ibarat Didalam Sangkar
Mata Terlepas Batinku Tersiksa
Rindu Membara Yang Kian Membakar
Dipinggir Hati Yang Sengsara

Monday, February 16, 2009

Dalam Melawan Emosi

memikirkan apa yang harus dilakukan untuk menghadapi semua dugaan

Langit petang hari ni mendung sedikit. Fish rasa seolah olah awan petang memahami suasana suram yang melanda diri fish. Suram, samar dan tak menentu. Fish harap akan ada sinar selepas ni walaupun ada ketikanya fish tak pasti samaada fish mampu bertahan atau tidak. Semalaman fish memikirkan apa yang harus fish lakukan. Dan hari ini fish sekali lagi hampir dikuasai oleh emosi, Berperang dengan suasana dan berperang dengan emosi fish tak mahu gagal lagi.... gagal dalam menguasai emosi fish

Jenuh aku mendengar
Manisnya kata cinta
Lebih baik sendiri

Bukannya sekali
Seringkali mencuba
Namunku gagal lagi
Mungkin nasib ini
Suratan tanganku
harus tabah menjalani

Jauh sudah langkahku
Menyusuri hidupku
Yang penuh tanda tanya

Kadang hati bimbang
Menentukan sikapku
Tiada tempat mengadu
Hanya iman didada
Yang membuatku mampu
Lalu tabah menjalani

Malam-malam aku sendiri
Tanpa cintamu lagi
Hanya satu keyakinanku
Bintangkan bersinar
Menerpa hidupku
Bahagiakan datang

Tak Mampu Bertahan

Tak mampu ku tahan

Fish minta maaf sebab lama tak update blog. Banyak benda yang belaku dalam minggu ni dan membataskan fish untuk nak update. Buat kesekian kalinya, fish menangis lagi. Ntah la rasa sebak dan hiba datang lagi sebelum tidur. Tak mampu fish nak tahan lagi.......

Fish bukan nak menagih simpati atau meminta sesuatu yang tak pasti, ni lah luahan hati fish, suara hati seorang lelaki .....sukar untuk fish. Sukar difahami, sukar diduga dan sukar untuk melupakan sesuatu. Sesuatu yang fish sendiri tak pasti sejauh mana fish mampu bertahan. Sekuat mana hati fish untuk melupakan dan seteguh mana hati seoarang lelaki.....akan bercucuran jua airmatanya bila hebatnya dugaan melanda.......

"aku meminta pada yang ada,
aku merindu pada yang kasih,
aku merayu pada mu sudi merindu ku"

Thursday, February 5, 2009

Tension

Tension plak hari ni....rasa macam nak balik je tadi

Serba tak kena plak hari ni. Banyak kerja yang belum diselesaikan kat office berpindah tangan. Atas arahan boss fish kena selesaikan apa yang belum selesai. Dateline minggu depan...... Aduhai bertambah plak kerja. Apapun fish anggap sebagai tanggungjawab untuk selesaikan semua tu. Ada 3 agenda penting
  1. Halal Retreat - Budget dah 3 minggu belum siap. Fish cuma ada 4 hari
  2. Iran Halal Show 2009 - Final stage untuk buat marketing
  3. MIHAS 2009 - Update
Arrggghhhh........tolongggggggggg............

Tuesday, January 27, 2009

Makan Makan @ Ampang Look Up Point

Semalam fish join ngan kengkawan makan makan kat Ampang Look Up Point. Tak tau plak ada look up point kat ampang ni. Bertolak dari umah lebih kurang kul 8.20 malam. 15 minit sampai kat situ. Ramai jugak yang datang makan kat sini maklum la cuti Tahun Baru Cina. Fish ngan kengkawan fish Amir, Shahir, Eina, Syihan, Abg Joe, Zarul, Sarah & Eddie terus cari tempat makan. Kitaorang pilih untuk makan kat Bread & Olive Cafe. Makanan Arab atau Makan ala ala Meditrenean

Ni cafe yang kitaorang pilih Bread & Olive Cafe

Shahir, Eina, Eddie & Syihan

Sarah (bertudung biru) Amir, Abang Joe & Zarul

Tempat duduk kat kat luar berlatar belakangkan pemandangan bercahaya bandaraya Kuala Lumpur dari Ampang Look Up Point. Kitaorang pilih untuk duduk kat luar walaupun tempat makan dia hampir penuh. Ramai warga arab makan kat sini. Tempat yang menarik untuk dating dan hang out dengan kengkawan. Makanan dia pun menarik dan tak la mahal sangat


Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari Ampang Look Up Point

Menu pilihan Amir......tetap nak makan nasi

Sarah Pilih Meditreanean Pizza.....atau Pizza Arab

So ni la menu pilihan ramai malam tu....grill chicken chop

ni menu fish & zarul....mexican roll (lupa plak nama dia) or chicken shawarma

B & O Flava Layer....mesti cuba ni....sedap....ada Blended Mango, Cherry, Orange & Watermelon blended with ice

Fuhhh....kenyang malam tu. Apapun memang seronok bila makan ramai ramai. Lepas makan je terus ada sesi bergambar kat kawasasn sekitar dan sama waktu dengannya. Arrrgghhh....penuh dengan gambar kontroversi (kontroversi ke) korang tengok la drama kat Ampang Look Up Point ni

Lakonan Eina & Eddie

Dibantu oleh Amir Farid

Dalam Cerekarama "Cinta Tiga Segi".....Akan muncul di LCD TV rumah anda.....Tragis

Arahan Ahmad Rosidi & Md Zarul

p/s: sorry la pic tak brapa nak clear....pakai HP guna night mode...ada pic yg blur