Tuesday, December 30, 2008

Hari Yang Mendamaikan

Hari ni fish rasa tenang dan selesa skit selepas mandi manda kat sebuah sungai kecil yang menunggu masa dicemari dan dimusnahkan oleh pembangunan……terima kasih pada abang budu sekeluarga yang sudi menerima kehadiran fish untuk berehat dan menikmati suasana kampung yang mendamaikan. Dapatlah fish melupakan buat sementara apa yang bergolak dalam hati fish…Suasana kampung yang mendamaikan dan menenangkan siapa sahaja yang berkunjung ke sini…..Kampung Sungai Choh, Rawang, jauh dari kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur. Walaupun baru 2 hari fish menjejakkan kaki kesini, layanan yang fish terima cukup istimewa……lebih dari keluarga sendiri…..fish amat amat terharu…..Insyaallah fish akan kembali lagi kesini…..damai dan tenang….

Fish nak minta maaf pada kengkawan fish, lupa nak bagitau fish bercuti ala2 home stay kat Kg. Sungai Choh, Rawang.... pic kat bawah....ada jugak yg speku fish pergi bercuti jauh...




Sunday, December 28, 2008

Bila Cinta Kita Di Persoalkan

Fish bangun awal pagi sebab tak dapat lelapkan mata sepenuhnya...fish banyak berfikir, berfikir soal hati, soal cinta fish yang seringkali dipersoalkan. Fish sendiri tak pasti, sejauh mana cinta fish pada dia. Apa tanggapan dia pada fish, sejauh mana cinta dia pada fish....masih terlalu jauh untuk fish rungkaikan setelah cinta fish dipersoalkan. Fish tak minta apa apa, fish cuma nak kongsi kasih sayang yang fish ada. Fish tak nak perpisahan berlaku lagi....cukuplah sekali




Fish sedar siapa diri fish, tak sempurna, tiada yang istimewa pada diri fish. Hanya bersandarkan hati dan perasaan fish. Sukar untuk fish fahami segala yg tersirat dalam diri dia. Fish hanya memahami situasi yang dia hadapi.....dan atas nama cinta....fish akan tetap terus menanti dan menanti sebuah cinta yang fish sendiri tak pasti....



p/s: maafkan fish andainya coretan ini sedikit sedikit melukakan, tapi inilah yang bermain difikiran fish

Wednesday, December 24, 2008

Bila Hati Berbicara Tentang Cinta


“Cinta itu satu anugerah dan bukan hak milik. Tanpa cinta tak ada keindahan didunia ini sehingga ada yang sanggup berbunuhan kerana cinta dan ada juga yang rawan bila kehilangan cinta. Sebelum mencari cinta, setiap orang kena bersedia. Cintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain. Kita kena tanya diri sendiri, bolehkah kita menyayangi orang lain dengan lebih baik daripada kita menyayangi diri kita sendiri?”

“Kalau kita menyanggupi persoalan itu, barulah kita layak menjadi seorang pencinta kerana kita sudah faham dan bersedia dengan segala kemungkinannya. Tidak semua cinta akan berakhir dengan kebahagiaan. Dari situ kita tidak akan bertindak melanggar batasan sekiranya cinta itu gagal sampai ke destinasinya. Adakalanya cinta sering terhalang dengan keegoan kita sendiri.”

“Apabila seseorang itu memasukkan dirinya kedalam daftar pencinta, secara tidak langsung dia mesti belajar untuk menjadi seorang yang ikhlas dan sanggup berkorban. Tuntutan cinta itu berat. Bukan sekadar ucapan sebaliknya perlu dibuktikan dengan perbuatan.”

“Cinta itu ibarat bayang bayang diatas permukaan air. Ia akan lebih cantik sekiranya air tenang. Cantik, mempersona, tetapi terlalu rapuh. Mudah saja berolak walaupun diganggu oleh secebis ranting yang kecil. Walaupun ditolak oleh angin yang permai. Tetapi di sebalik sifatnya yang manja itu, jikalau disepuh dengan dengan kesetiaan, kasih sayang, saling memberi dan menerima serta saling percaya, bayang bayang itu bisa berubah menjadi seteguh ukiran di tugu peringatan.”

Cinta itu sentiasa datang dan pergi. Cinta itu mesti ada pasang dan surutnya….disitulah terletaknya keindahan sesebuah perhubungan…..

Cinta itu satu anugerah…..
Cinta itu ada pasang dan surutnya….
Cinta itu sentiasa datang dan pergi…….

Cinta fish telah pergi…..dan fish berharap agar cinta itu akan dtg kembali pada fish….
Mungkinkah akan ada sinar cinta untuk fish? Fish tak pasti..........

Sunday, December 21, 2008

Kemana Harusku Melangkah.....

Langkah yang tak pasti......

Fish tak pasti kemana langkah fish selepas apa yang berlaku. Banyak persoalan yang bermain difikiran fish sekarang ni. Fish keliru, dilema dan sukar membuat keputusan dan fish rasa ada diantara kawan kawan fish berada dalam situasi yang sama seperti fish. Sejauh mana keputusan yang dibuat akan membahagiakan fish atau sebaliknya.....persoalan demi persoalan seringkali membuatkan fish berfikir samaada keputusan yg dibuat akan membahagiakan fish dan orang lain atau sebaliknya. Yang pasti fish harus tabah dan berusaha untuk menghadapi situasi sekarang ni demi mencari secebis kebahagian walaupun adakala tercalar dengan keegoan diri sendiri............

Jadilah seperti sekuntum mawar......

Fish bukan seperti sekuntum mawar......cantik dan wangi tapi sukar dipetik disebabkan pokoknya berduri... terpaksa berhati hati untuk memetiknya.... takut terluka.....

Tak pasti, keliru dan sukar membuat keputusan... jalan mana yang harus fish pilih. Ada pihak yang akan terasa dan terluka dengan keputusan yang dibuat. Kemana lagi harus fish pergi.. moga moga tuhan berikan kekuatan pada fish untuk menhadapi situasi yang sukar ini walaupun segalanya terletak pada tangan fish...Jalan mana yang harus fish pilih? Kemana harusku melangkah?.....

Tak pasti.....dan masih tiada arah hendak dituju.......

Wednesday, December 17, 2008

Bila Keinsafan Menjelma...

Banyak yang fish fikirkan bila fish sendirian kat rumah, lebih lebih lagi bila banyak berita yang menyedihkan fish terima sehinggakan fish timbul keinsafan dalam diri. Ada juga org yang senasib dengan fish dan adakalanya fish rasa ada org lain lagi yang nasibnya lebih teruk dari fish. Dan fish bersyukur sebab masih diberikan kekuatan dan masih berada dibumi Tuhan yang luas ni.... Banyak lagi yang fish perlu baiki bila fikirkan kita hanya hidup sementara di atas muka bumi Tuhan ni. Bila keinsafan menjelma dalam diri........

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disyurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Kehilangan........


Kesedihan terus menimpa fish, pagi tadi sebelum subuh fish menerima berita bahawa ibunda kepada orang yang fish sayangi telah menghembuskan nafas terakhir. Fish tak dapat tidur, fish dapat bayangkan suasana sedih ketika itu, fish menangis lagi......entah la mudah sungguh airmata fish menitis lagi. Fish pernah marasainya sewaktu kecil dahulu, kehilangan ibu yang fish sayang. Fish dapat rasa apa yang dia rasa sekarang ini. Tabahkan hati mu sayang....... Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Umi......


Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian
Dan aku bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan hasratku ini
Masih belum sempat kubuktikannya
Kepadamu Ibu tersayang kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa ampuni dosa ibu

Tempatkan mereka di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu kau kasih sejati kutaburkan doa untukmu ibu
Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...


Al-Fatihah.......semoga roh umi ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman dan semoga ronya dicucuri rahmat....

Tuesday, December 16, 2008

Airmata Seorang Lelaki


tak mampu dibendung...

Seringkali kita tertanya tanya kenapa lelaki susah untuk mengalirkan airmata dan persoalan seringkali timbul jika seseorang lelaki itu menangis. Adakah kerana seseorang lelaki menangis bukan lelaki sejati? Susah untuk kita tafsirkan seorang lelaki sejati. Adakah harga diri seseorang lelaki itu akan jatuh? Adakah airmata seorang lelaki terlalu mahal nilainya? Bagi fish, emosi seorang lelaki sukar dijangka. Dan seringkali juga kita akan sangka lelaki mempunyai hati yang keras, namun sebaliknya. Hati seorang lelaki masih terselit sifat penyayang seorang ibu, hati yang mudah tersentuh dengan dugaan yg berlaku dalam hidup seorang lelaki...

Buat kesekian kalinya, airmata fish berlinang. Semalam fish menangis sendirian mengenangkan dugaan yg menimpa fish. Fish dah tak dapat bendung kesedihan yg melanda diri fish. Hujan yang turun semalam seakan memahami kedukaan fish. Fish tak tahu pada siapa fish nak mengadu, tapi fish sedar, fish kena kuatkan semangat dan cekal untuk hadapi semua ni. Tak kisah la apa tanggapan org pada fish. Fish akan cuba hadapi semua ni......walaupun fish tak pasti, apa yang akan berlaku nanti.....doakan fish

p/s : maaf lambat update blog ni...laptop fish kena virus....satu lagi masalah menimpa......

Thursday, December 11, 2008

Sesuatu yang tidak di jangka..

Seringkali kita berhadapan dengan sesuatu yang tidak kita jangkakan sama sekali. Banyak perkara yang terjadi kebelakangan ni yang sama sekali fish tak jangkakan. Walaupun hidup fish sekarang ni penuh dengan pergolakan perasaan dan hidup yang terawang awang semenjak pindah ke rumah baru ni.....banyak benda yang fish kena fikir terutama pasal perbelanjaan. Dan seringkali juga fish pening kepala memikirkan pasal perbelanjaan. Pada masa sekarang ni apa yg perlu fish buat adalah untuk berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan. Ni jalan terbaik buat fish masa ni. Fish tak sangka pulak akan dapat umah dalam masa terdekat. Apapun fish akan berusaha untuk buatkan rumah ni selesa untuk didiami. Bak kata kawan kawan fish "pelan2 kayuh". Insyaallah fish akan buat yang terbaik(mcm budak AF plak) untuk diri fish dan umah ni walau pun banyak benda yang fish tak sangka berlaku. Hidup ni kekadang macam teka teki....ada persoalan yang tak dapat kita jelaskan dan ada juga yang begitu senang dirungkaikan. Persoalannya sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerima sebarang kemungkinan? Sesuatu yang kita jangkakan dan telah bersedia dengan kemungkinan itu atau kita tidak bersedia langsung?

Satu lagi yang fish tak sangka, ramai jugak kengkawan fish yang baca dan mengikuti blog ni (walaupun ada yg bertindak sebagai pemerhati untuk mengetahui apa yg berlaku) walaupun fish masih baru belajar untuk luahkan rasa dah segala pahit getir hidup dalam blog. Alhamdulillah, ada jugak komen positif yang fish terima untuk fish coretkan kisah hidup fish dalam ni (dah nama pun blog abangikan) dan Alhamdulillah juga sbb ada kengkawan yg bagitau fish ada beberapa kesalahan dalam blog fish (biasa la update blog tengah malam) .....sesuatu yang fish tak jangka lagi ..... (ingat mcm tak ada org baca)

Kekadang fish sendiri keliru... apa yg fish buat sukar untuk dijangka.....


ni pun tak jangka nak buat pose cam ni......

p/s: gunakan jangka suhu untuk menyukat haba dalam badan dan bukan untuk jangka apa yang kita buat.....

Salam Takziah buat Zam.......

Salam takziah buat Zam sekeluarga diatas pemergian Allahyarhamah ibunda tercinta hari ini. Fish harap Zam tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah.....sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali..... Al-Fatihah.....semoga rohnya dicucuri rahmat

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Tuesday, December 9, 2008

Erti Sebuah Pengorbanan

Hari Raya Qurban ni banyak memberi dugaan dah cabaran dalam hidup fish serta orang orng yang fish sayang termasuk kawan kawan fish. Fish terima berita dari orang yang fish sayang bahawa umi dia terlantar di hospital tak sedarkan diri. Terkejut juga fish. Fish cuba sedaya upaya memberi semangat dan dorongan bagi menghilangkan rasa takut dan cemas dalam diri dia. Bersabar lah sayang, kita sama sama berdoa agar umi cepat sembuh. Di pagi raya dia terpaksa menemankan umi di hospital sementara menunggu ayah tiba...terharu fish dengar. rasa sedih dan hiba fish dapat bayangkan apa yg bermain dalam fikiran dia.....anak mana yang tak sayangkan ibunya....walaupun fish kehilangan ibu tersayang masa fish kecil, namun fish dapat rasakan hubungan seorang anak dan ibunya...betapa kasih seorang ibu mengatasi segalanya walaupun ada kemelut yang melanda.....tabahkan hatimu sayang......


Tabahkan hatimu......kuatkan semangat......tenangkan hati....sejernih air di kali....

Kepada sahabat ku Zam......apa jua yang berlaku, tabahkan hati jangan sesekali menunjukkan sebarang hiba dan duka dihadapan ibumu.....jagalah ibumu selagi hayatnya.....dan ingatlah Syurgamu dibawah telapak kaki ibu....

Salam Aidil Adha.....semoga segala pengorbanan kalian diberkati Allah....

Sunday, December 7, 2008

Sejarah Korban

SYARIAT dan syarat berkorban ialah dengan niat yang ikhlas dan taat kerana sesungguhnya Allah tidak memerlukan apa pun pengorbanan daripada kita, kecuali atas dasar ikhlas, taat serta patuh kepada-Nya.

Sejarah korban dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu zaman Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW.

Pada zaman Nabi Adam, korban dilaksanakan oleh anaknya, Qabil dan Habil. Menurut sejarah, kekayaan yang dimiliki Qabil mewakili kelompok golongan petani, sedangkan Habil mewakili kelompok penternak. Pada waktu itu, sudah mula ada perintah, sesiapa yang memiliki harta banyak, maka sebahagian hartanya hendaklah dikeluarkan untuk korban.

Sebagai petani, Qabil mengeluarkan korban daripada hasil pertaniannya, dan sebagai penternak, Habil mengorbankan haiwan peliharaannya untuk korban. Qabil mengeluarkan korban yang afdal (terbaik), iaitu hasil ternakan yang sihat, manakala Habil sebaliknya.

Hal itu diungkapkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika mana kedua-duanya mempersembahkan ibadat korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua (Habil), dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Lalu ia berkata: Aku pasti membunuhnya (Habil).” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Ayat di atas, membuktikan korban Habil diterima di sisi Allah atas dasar niat yang ikhlas dan taat dalam menjalankan perintah Allah. Korban Qabil tidak diterima Allah, kerana mengandungi unsur tidak ikhlas dan taat. Akhirnya, terjadilah peristiwa dan tragedi pembunuhan ke atas Habil oleh tindakan dendam kesumat Qabil. Sejarawan dan ahli tafsir menyatakan, itulah pembunuhan pertama dilakukan di kalangan umat manusia sejak bumi didiami insan.

Kisah korban kategori kedua pula adalah pada zaman Nabi Ibrahim. Baginda bermimpi mendapat perintah daripada Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, iaitu menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibasy. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan. Berjuang untuk mencapai kemuliaan, ternyata mesti ditempuh dengan berkorban.

Orang yang menyatakan dirinya berjuang, tanpa ada kemahuan untuk berkorban, sesungguhnya bukanlah pejuang melainkan pengikut. Jika ingin maju dan mulia, pasti ada gerakan yang dipeloporinya untuk berjuang sekali gus berkorban, iaitu mendekatkan diri kepada Allah.

Korban kategori ketiga, ialah zaman Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-3)

Syariat dan ibadat korban, bukanlah menyembelih haiwan setahun sekali. Yang penting ialah keikhlasan dan ketaatan menunaikan perintah Allah. Allah menguji iman, seperti menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan menyembelih Ismail. Allah tidak memerlukan darah dan dagingnya. Allah sekadar menguji keimanan Ibrahim dengan perintah dan ujian yang sangat berat itu.

Syariat dan ibadat korban terus berlaku hari ini hingga kiamat. Oleh itu, pada masa keperluan ekonomi semakin meningkat, akan wujud rasa berat untuk melaksanakan ibadat korban tetapi tugas itu akan menjadi ringan apabila kita ikhlas.

Bertepatan dengan keadaan saudara kita di beberapa negeri yang berhadapan tragedi banjir, ibadat korban yang dilakukan dan daging disedekahkan kepada mangsa sedang berhadapan dengan ujian dapat meringankan beban serta mengeratkan hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan program mengadakan ibadat korban di luar negara hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib masyarakat Islam di tempat lain yang mengharapkan kehadiran Aidiladha membawa kegembiraan kepada mereka. Meskipun haiwan yang disembelih, namun sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah haiwan dikorbankan itu. Yang dilihat Allah adalah niat ikhlas dan taat yang ada pada diri orang yang berkorban.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Sesetengah pihak berpendapat, kekayaan harta yang diperoleh adalah hasil jerih payahnya, kepandaian dan ilmunya. Mereka melupakan inayah dan pertolongan Allah.

Allahhu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilham....

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia

Saturday, December 6, 2008

Cinta Seorang Lelaki........

Ramai diantara kita yang berharap akan hadir seorang lelaki atau perempuan untuk dicintai dan disayangi sepanjang hayat kita walaupun cinta adakalanya seringkali datang dan pergi. Bagi fish cinta memerlukan pengorbanan. Setiap insan yang dilahirkan didunia ini ada kelemahan dan kelebihan masing masing. Bagi fish kita kena terima seadanya kalau kita sayang dan cinta akan seseorang itu. Ada sesetengah orang perlukan cinta untuk hidup bahagia seperti juga fish. Cinta dah sayang fish hanya pada seseorang.......fish akan cuba membahagiakan dia selagi fish mampu. dan fish nak dia tahu yang fish sayang dan cintakan dia......



Lelaki Ini

Kasih….
Kenanganku ingatkah saat-saat dulu
Kasih …
Apakah dirimu merasa kan semua itu
Kemana pun langkah ku pergi
Kumasih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintaimu selalu tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubariku .. ooooooo
Aku yang mencinta kamu ooooo
Hanya dirimu oooooo

Karena cintaku tak berbatas waktu
Karena cintaku tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu ..ooooo

Lelaki ini yang selalu mencintaimu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja hanya dirimu
Yang bertakhta dlm sanubariku ooooooo
Yang bertakhta dalam sanubariku ….

Friday, December 5, 2008

Kerja.....

Lega hari ni ...bos klua meeting kat Klang dari pagi....sampai sekarang tak balik lagi.......yahooo... riuh rendah opis ni bila bos tak ada....bagi fish, masa ni la masa yang tenang nak buat kerja tak ada gangguan dari bos. Lagipun bos bawak beberapa orang lagi ikut dia pegi meeting pasal projek baru...ingat sunyi la skit, tapi tak.....riuh rendah.....fish tgh sambung buat kerja sbb ada benda nak submit sebelum kul 4....sambil2 tu fish makan twisties "DUH TOMATO" ngan air "Lipton Clear Green Tea" sambil wat keje.....


twisties...mesti mau......

Habis la twisties fish kalau semua orang datang kat tmpt fish (kalau semut datang tak pe gak...tak abis pun) hahahahahahha...mmmm...nak buat entry makan kang ada org teringin pulak...so lain kali la...buat sementara ni entry makanan ringan je......ingat nak masukkan sambal goreng tempe fish makan masa lunch tadi.....takut ada org terasa plak..... (siapa yang makan petai, mulut dia la berbau - peribahasa baru, mintak cikgu2 tolong war warkan pada anak murid)

Ok la...fish nak sambung buat kerja....kang dikatakan mengular pulak, walaupun fish sebenarnya ikan......chow

Thursday, December 4, 2008

Rawan

Ramai yang tanya fish kenapa letak nama fish (bukan nama sebenar), saje je fish nak manja manja (dah besar besar tak leh nak manja) kang letak nama manja lain plak jadinya....... tak kurang juga yang tanya kenapa nama abangikan.....apalah yang ada pada nama yang penting hati, fish cuma nama samaran. Tak kisah la nak panggil apa.....

Fish nak cerita pasal lagu yg meletup kat radio sekarang ni (meletup ke) lagu Rawan dari Azharina Azhar. Banyak kali jugak fish dengar kat radio. Kalau dalam bahasa melayu "rawan" bermaksud:
  • keadaan yang tidak keruan seperti kehilanngan sesuatu
  • tulang lembut diantara tulang disebut sebagai tulang rawan
  • rawan sejenis paku pakis yang tumbuh dikawasan berair tawar disebut sebagai paku rawan
Fish nak merujuk pada "keadaan yang tidak keruan seperti kehilanngan sesuatu". Bagi fish kebanyakkan daripada kita pasti kehilangan sesuatu yg berharga dalam hidup, tak terkecuali fish. Rawan...... sesuatu yang kita tak pasti sama kita akan sembuh atau tidak, mungkin masa yang akan menentukannya........hanya diri kita sendiri yang mampu melawan rasa rawan itu

Rawan - Azharina

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku

Wednesday, December 3, 2008

Makan

Apa yang akan anda buat kalau tension? Ada sesetengah orang akan makan kalau dia tension.......mmmm .... kenapa makan? Mgkn juga boleh membuatkan seseorang tu lupa bila fikir tentang makan dan tak kurang juga yang tak lalu makan sbb tension.....yang pasti rakyat Malaysia suka makan. Dan dah banyak rakyat Malaysia mati kerana tak jaga pemakanan (selalin dari kemalangan jalanraya). Fish suka makan...tapi pandai la jaga pemakanan.....disini fish kumpul beberapa gambar makanan yang fish makan sepanjang minggu lps....enjoy


Teh Ais Cincau.....benda baru mesti cuba


Kacang panjang goreng petai


Speghetti


Mee Kari


Betik


Steam Chicken Rice


Kodomo Bento (Kat Sushi King)


Seafood Oleo

Tak lupa juga lepak dengan kengkawan opis kat Starbuck. Meriah kalau lepak ramai ramai, bercerita macam macam topik. Sekali sekala ok la......tak boleh la selalu......

Saturday, November 29, 2008

Waiting.......



Wait For You - Elliot Yamin

I never felt nothing in the world like this before
Now I'm missing you
& I'm wishing that you would come back through my door
Why did you have to go? You could have let me know
So now I'm all alone,
Girl you could have stayed
but you wouldnt give me a chance
With you not around it's a little bit more then i can stand
And all my tears they keep running down my face
Why did you turn away?

So why does your pride make you run and hide?
Are you that afraid of me?
But I know it's a lie what you keep inside
This is not how you want it to be

So baby I will wait for you
Cause I don''t know what else i can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby I will wait for you
If you think I'm fine it just aint true
I really need you in my life
No matter what i have to do I'll wait for you

It's been a long time since you called me
(How could you forget about me)
You got me feeling crazy (crazy)
How can you walk away,
Everything stays the same
I just can't do it baby
What will it take to make you come back
Girl I told you what it is & it just ain't like that
Why can't you look at me, your still in love with me
Don't leave me crying.

Baby why can't we just start over again
Get it back to the way it was
If you give me a chance I can love you right
But your telling me it wont be enough

So baby I will wait for you
Cause I don''t know what else i can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby I will wait for you
If you think I'm fine it just aint true
I really need you in my life
No matter what i have to do I'll wait for you

So why does you pride make you run & hide
Are you that afriad of me?
But I know it's a lie what your keeping inside
Thats not how you wanted to be

Baby I will wait for you
Baby I will wait for you
If it's the last thing i do

Baby I will wait for you
Cause I don''t know what else i can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby I will wait for you
If you think I'm fine it just aint true
I really need you in my life
No matter what i have to do I'll wait for you

I'll Be Waiting.

Friday, November 28, 2008

Last Saturday


me, intan, omar and afzan with mr. teddy


with mr. donkey


with mr. teddy


with mr. slippy

pic masa tengah shopping hadiah untuk birthday kengkawan......we have a lot of fun at the mall that day. thanks to intan, fahmi, omar & afzan..........thats what i need right now....friends to laugh with.....

Thursday, November 27, 2008

My Gadget

Ni la gadget fish yg selalu fish bawak.....gadget ni juga la yg bagi ilham nak buat blog selain nak hilangkan rasa sunyi. Fish banyak ambik gambar guna HP W810i (tak ada dalam pic ni). Sekarang ni fish tengah kumpulkan gambar yang fish ambil sebelum ni dan nak publish dalam blog ni. Banyak gak la yg fish dah transfer masuk kat dalam laptop fish. At least tak la makan space kat Hp fish.....boleh la ambik gambar lagi. Ingat nak edit dulu yang mana patut dimasukkan.

Lagipun fish baru je buat blog ni. Blom tau selok belok blogging ni. Kiranya langkah pertama fish nak buat blog. Sebelum ni asyik baca blog orang je. Fish suka baca beberapa blog tentang kehidupan blogger tu sendiri. Kekadang tu suka browse untuk nak dapatkan maklumat. Tapi gadget diaorang lagi hebat la....gambar pun cantik

Terima kasih dan tahniah pada semua blogger kerana bagi ilham kat fish jugak......

Hujan



Semalam masa fish balik keje, hujan lebat. Terlupa palak nak bawak payung.....tunggu kejap, ingat hujan akan reda, tapi masih lebat. Teringat lirik lagu Ziana Zain "Kasih ku Pertahankan" .....

"Hujan yang berguguran seakan memahami kedukaan
melanda kejiwaku yang pasrah pada kesetiaan....."

Fish teringat lagu ni masa hujan semalam. fish berteduh kejap sebelum jalan kaki balik umah. Banyak lagu yang menggunakan hujan untuk mengaitkan perasaan yg dialami oleh seseorang.....fish kalau hujan sedap tido (tapi tak tido pun). Tapi hujan semalam perpanjangan sehingga larut malam memang sedap tido....

Bila Rasa Ku Ini Rasa Mu



Bila Rasaku Ini Rasamu

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu.....

Wednesday, November 26, 2008

Ketenangan


Alhamdulillah, cuti tahunan fish masih berbaki 11 hari. Mungkin ini peluang fish untuk bercuti dari kesibukan kerja dan mencari sedikit ruang untuk merehatkan badan dan mencari ketenangan. Mungkin bercuti dalam Malaysia atau Luar negara (mampu ke?).....lagi baik berehat kat rumah...penuhkan dengan aktiviti supaya tak sunyi.

Fish dah kembali aktif bersukan, so fish tak fikir sangat pasal soal cinta, yang penting bagi fish sekarang ni, nak tumpukan pada keje. Lagipun banyak yang perlu diselesaikan sebelum fish bercuti. Event dah dekat tggl lagi 5 bulan. Ini peluang fish berehat sebelum tugasan sebenar bermula. Fish nak buktikan pada bos yang fish boleh buat (bukan bodek) dan nak buktikan yang tanggapan dia salah tentang fish. fish

Hari yang tenang hari ni buat fish..........

Tuesday, November 25, 2008

Emosi


Emosi makin menguasai diri fish........harap2 fish dapat mengawal emosi fish. Bebanan kerja makin bertambah, mungkin fish perlukan masa untuk merehatkan minda fish yang kian berserabut...........

Sunday, November 23, 2008

Sukar Untuk Difahami


Setiap apa yg berlaku sukar untuk kita fahami. Sama juga dengan fish. Apa pun yang berlaku dalam hidup, pasti ada hikmahnya. Kita bukan manusia yang sempurna. Hidup adakala bahagia dan adakala derita. Apa yang ditakdirkan berlaku, akan berlaku juga. Kita hanya menghitung hari meneruskan hidup.

Saturday, November 22, 2008

Suara Hati Seorang Lelaki

Banyak benda yg berlaku kebelakangan ni yg membuatkan fish banyak berfikir antara cinta dan cita. Mungkin diluar jangkaan fish yg semua ni akan berlaku. Macam hujan yg turun tanpa diduga walaupun hanya ramalan. Fish cuma nak meluahkan rasa hati fish. Kekadang kita terfikir pada siapa kita nak luahkan rasa hati. Blogging mungkin salah satunya. Suara Hati Seorang Lelaki......kenapa tajuk ni? Entah la.....mungkin fish terlalu emosi sejak kebelakangan ni.