tak mampu dibendung...
Seringkali kita tertanya tanya kenapa lelaki susah untuk mengalirkan airmata dan persoalan seringkali timbul jika seseorang lelaki itu menangis. Adakah kerana seseorang lelaki menangis bukan lelaki sejati? Susah untuk kita tafsirkan seorang lelaki sejati. Adakah harga diri seseorang lelaki itu akan jatuh? Adakah airmata seorang lelaki terlalu mahal nilainya? Bagi fish, emosi seorang lelaki sukar dijangka. Dan seringkali juga kita akan sangka lelaki mempunyai hati yang keras, namun sebaliknya. Hati seorang lelaki masih terselit sifat penyayang seorang ibu, hati yang mudah tersentuh dengan dugaan yg berlaku dalam hidup seorang lelaki...
Buat kesekian kalinya, airmata fish berlinang. Semalam fish menangis sendirian mengenangkan dugaan yg menimpa fish. Fish dah tak dapat bendung kesedihan yg melanda diri fish. Hujan yang turun semalam seakan memahami kedukaan fish. Fish tak tahu pada siapa fish nak mengadu, tapi fish sedar, fish kena kuatkan semangat dan cekal untuk hadapi semua ni. Tak kisah la apa tanggapan org pada fish. Fish akan cuba hadapi semua ni......walaupun fish tak pasti, apa yang akan berlaku nanti.....doakan fish
p/s : maaf lambat update blog ni...laptop fish kena virus....satu lagi masalah menimpa......
2 comments:
lelaki juga ada perasaan fish,air mata itu anugerah allah so tak ada hal lah kalau lelaki menangis....persetankan tanggapan org lain..apapun semoga tabah menerima dugaan ok
salam fish..
setiap dgaan 2.
ad hkmahnya..
xkira llaki tau pmpuan..
mmg da lmrah ..
ad sklumit ase sdeh..
Post a Comment