Wednesday, December 24, 2008

Bila Hati Berbicara Tentang Cinta


“Cinta itu satu anugerah dan bukan hak milik. Tanpa cinta tak ada keindahan didunia ini sehingga ada yang sanggup berbunuhan kerana cinta dan ada juga yang rawan bila kehilangan cinta. Sebelum mencari cinta, setiap orang kena bersedia. Cintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain. Kita kena tanya diri sendiri, bolehkah kita menyayangi orang lain dengan lebih baik daripada kita menyayangi diri kita sendiri?”

“Kalau kita menyanggupi persoalan itu, barulah kita layak menjadi seorang pencinta kerana kita sudah faham dan bersedia dengan segala kemungkinannya. Tidak semua cinta akan berakhir dengan kebahagiaan. Dari situ kita tidak akan bertindak melanggar batasan sekiranya cinta itu gagal sampai ke destinasinya. Adakalanya cinta sering terhalang dengan keegoan kita sendiri.”

“Apabila seseorang itu memasukkan dirinya kedalam daftar pencinta, secara tidak langsung dia mesti belajar untuk menjadi seorang yang ikhlas dan sanggup berkorban. Tuntutan cinta itu berat. Bukan sekadar ucapan sebaliknya perlu dibuktikan dengan perbuatan.”

“Cinta itu ibarat bayang bayang diatas permukaan air. Ia akan lebih cantik sekiranya air tenang. Cantik, mempersona, tetapi terlalu rapuh. Mudah saja berolak walaupun diganggu oleh secebis ranting yang kecil. Walaupun ditolak oleh angin yang permai. Tetapi di sebalik sifatnya yang manja itu, jikalau disepuh dengan dengan kesetiaan, kasih sayang, saling memberi dan menerima serta saling percaya, bayang bayang itu bisa berubah menjadi seteguh ukiran di tugu peringatan.”

Cinta itu sentiasa datang dan pergi. Cinta itu mesti ada pasang dan surutnya….disitulah terletaknya keindahan sesebuah perhubungan…..

Cinta itu satu anugerah…..
Cinta itu ada pasang dan surutnya….
Cinta itu sentiasa datang dan pergi…….

Cinta fish telah pergi…..dan fish berharap agar cinta itu akan dtg kembali pada fish….
Mungkinkah akan ada sinar cinta untuk fish? Fish tak pasti..........

1 comment:

skatype said...

FISH..
ak ykin.
chenta itu akn ad untk ko...