Thursday, December 11, 2008

Sesuatu yang tidak di jangka..

Seringkali kita berhadapan dengan sesuatu yang tidak kita jangkakan sama sekali. Banyak perkara yang terjadi kebelakangan ni yang sama sekali fish tak jangkakan. Walaupun hidup fish sekarang ni penuh dengan pergolakan perasaan dan hidup yang terawang awang semenjak pindah ke rumah baru ni.....banyak benda yang fish kena fikir terutama pasal perbelanjaan. Dan seringkali juga fish pening kepala memikirkan pasal perbelanjaan. Pada masa sekarang ni apa yg perlu fish buat adalah untuk berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan. Ni jalan terbaik buat fish masa ni. Fish tak sangka pulak akan dapat umah dalam masa terdekat. Apapun fish akan berusaha untuk buatkan rumah ni selesa untuk didiami. Bak kata kawan kawan fish "pelan2 kayuh". Insyaallah fish akan buat yang terbaik(mcm budak AF plak) untuk diri fish dan umah ni walau pun banyak benda yang fish tak sangka berlaku. Hidup ni kekadang macam teka teki....ada persoalan yang tak dapat kita jelaskan dan ada juga yang begitu senang dirungkaikan. Persoalannya sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerima sebarang kemungkinan? Sesuatu yang kita jangkakan dan telah bersedia dengan kemungkinan itu atau kita tidak bersedia langsung?

Satu lagi yang fish tak sangka, ramai jugak kengkawan fish yang baca dan mengikuti blog ni (walaupun ada yg bertindak sebagai pemerhati untuk mengetahui apa yg berlaku) walaupun fish masih baru belajar untuk luahkan rasa dah segala pahit getir hidup dalam blog. Alhamdulillah, ada jugak komen positif yang fish terima untuk fish coretkan kisah hidup fish dalam ni (dah nama pun blog abangikan) dan Alhamdulillah juga sbb ada kengkawan yg bagitau fish ada beberapa kesalahan dalam blog fish (biasa la update blog tengah malam) .....sesuatu yang fish tak jangka lagi ..... (ingat mcm tak ada org baca)

Kekadang fish sendiri keliru... apa yg fish buat sukar untuk dijangka.....


ni pun tak jangka nak buat pose cam ni......

p/s: gunakan jangka suhu untuk menyukat haba dalam badan dan bukan untuk jangka apa yang kita buat.....

5 comments:

skatype said...

jangka atau tidak..
redha aje.
da dinamakan takdir

Anak Jawa said...

ermm pose tak terjangka sungguh...

Syam said...

memang sudah ku jangka...ihiksss..

Fish said...

tepat sekali jangkaan ku...mamg org ynag ku jangka yang akan komen

nazzman ibrahim said...

pose tetap menarik hehehe