Thursday, August 27, 2009

Ketuk Ketuk Kuali Ramadhan

Hari ke 5...ketuk ketuk kuali sambil buat cucur ikan bilis

Hari Ke 5

Hari Ke 4

Hari Ke 3

Hari Ke 2

Alhamdulillah dah 5 hari berpuasa. Banyak cabaran dan dugaan bulan Ramadhan ni dan paling mengujakan ialah juadah yang disediakan di bazaar Ramadhan. Dan sepanjang bulan Ramadhan ni fish tak beli kat bazaar Ramadhan. Fish lebih banyak menghabiskan masa kat dapur untuk memasak juadah berbuka. Masak apa yang ada kat dalam peti ais. Mudah dan yang penting boleh panaskan balik untuk sahur. Terima aksih juga kat kawan2 fish kat penthouse (Zarul & Eina) yang berkongsi resepi dan jugak berbuka bersama tak lupa juga housmate fish (Fendi). Tengok je la gambar gambar diatas...hasil penat lelah Ketuk Ketuk Kuali Ramadhan....

p/s : memang berbaloi masak sendiri