Sunday, May 24, 2009
Birthday Party @ Bijan
Tengahari tadi fish sempat pegi Birthday Party bebudak office kat Restoran Bijan dekat Bukit Bintang (Jalan Ceylon). Apapun terima kasih kat bos fish yang bayarkan untuk semua yang hadir. Makanan dia pun sedap sedap... tak mengecewakan
p/s: kalau dapat makan tengahari dengan sidia kan best.......i wish
Kesabaran
Semenjak dua ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup fish. Yang terbaru selepas kotak fius terbakar, fish kehilangan beg. Cermin kereta member fish kena pecah masa makan kat Kampung Baru. Beg fish hilang. Dalam beg tu ada digital camera, pasport, buku ASB, cermin mata, pas kerja, jam tangan, cincin dan jugak baju fish. Fish risaukan pasal pasport...... Apa pun member fish banyak bagi dorongan agar fish banyak bersabar(benda dah nak berlaku so fish terima seadanya). Semua ni mungkin dugaan dan ada hikmah supaya kita tak lalai....fish rasa bersalah plak ngan member fish...
Terima kasih juga pada si dia.... sebab bagi peluang pada fish.....fish hargai apa yang dia katakan dan fish takkan sia siakan peluang yang diberi. Maaf sebab tak dapat menonton wayang bersama..... Insyaallah ada masa nanti fish akan keluar dengan sidia.....
Terima kasih juga pada si dia.... sebab bagi peluang pada fish.....fish hargai apa yang dia katakan dan fish takkan sia siakan peluang yang diberi. Maaf sebab tak dapat menonton wayang bersama..... Insyaallah ada masa nanti fish akan keluar dengan sidia.....
Thursday, May 21, 2009
Saat Yang Terindah
sebatang lilin yang menerangi makan malam fish.....saat yang terindah
Masa makan malam semalam kat LRT Corner, tak ada letrik (sama macam umah fish je) jadi fish makan bertemankan cahaya lilin je. Cukup tenang dan fish tertarik dengan cahaya lilin yang menerangi meja fish (walaupun bukan candle light dinner). Hati fish tenang dengan cahaya lilin....membakar diri untuk menerangi dan memberikan cahaya buat orang lain walaupun dalam kesamaran.
Banyak yang bermain difikiran fish masa tu...bertemankan seseorang, tiada yang terindah melainkan suasana yang begitu mendamaikan,tenang. Suasana yang boleh mengeratkan sesebuah ikatan yang baru bermula.....terima kasih pada sidia yang menemankan fish makan bersama.......
Banyak yang bermain difikiran fish masa tu...bertemankan seseorang, tiada yang terindah melainkan suasana yang begitu mendamaikan,tenang. Suasana yang boleh mengeratkan sesebuah ikatan yang baru bermula.....terima kasih pada sidia yang menemankan fish makan bersama.......
Sunday, May 17, 2009
Ganti
Alhamdulillah....kotak fius yang terbakar dah digantikan dengan yang baru. Dapat la fish tgk TV balik dan seperti biasa lepak kat umah. Terpaksa keluarkan RM 400.00 untuk gantikan kotak fius yang baru. Tak pe la lepas ni tolak balik duit sewa rumah. Tuan rumah pun dah setuju. Risau jugak sebelum ni takut berlaku litar pintas. Cuma terbakar je kotak fius tu. Yang pasti semalaman bergelap kat rumah. Pada semua kengkawan perhatikan kotak fius kat rumah anda. Pastikan tiada percikan api dari kotak fius rumah anda....renung renungkan....segalanya ditangan anda...jangan asyik menonton sahaja.....
Bowling Nite
Malam tadi fish saje menyibukkan diri kat Ampang Superbowl kat Ampang Point untuk melihat aksi kengkawan main bowling merebut piala pusingan Bowling Planet YM (seperti gambar tertera). Boring plak kat umah. Nak tgk AF tak ada elektrik sebab kotak fius besar dah terbakar. Maintainance datang gantikan semua ahad pagi. Apapun kejohanan berlangsung dengan meriah. Tahniah pada penganjur........ Bulan June (6/6/09) ni ada lagi katanya....jom reramai meriahkan kejohanan
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru
Fish nak ambil kesempatan ni nak ucapkan "Selamat Hari Guru" pada semua kengkawan fish yang bekerja sebagai guru tak kira walau diamana mereka berada. Untuk Abang Eq, Zam Anak Jawa, Cikgu Afik, Che Amir dan sesiapa sahaja yang mengajar anak bangsa, teruskan usaha anda demi agama bangsa dan negara. Selamat Hari Guru......jasamu ku kenang
Kembali
Terlebih dahulu fish memohon ampun dan maaf sebab terlalu lama menghilangkan diri. Fish sibuk dengan kerja yang sedikit sebanyak menghalang fish untuk berblog sebulan dua ni. Hampir dua bulan lamanya fish mendiamkan diri dan hari ini fish kembali dengan tenangnya ke dunia blogger.
Ramai yang bertanya kemana fish menghilang. Alhamdulillah fish dan senang sikit selepas hampir dua bulan bertungkus lumus untuk event MIHAS (The 6th Malaysia International Halal Showcase) rasanya ramai yang tak tahu fish bekerja sebagai event organiser. Ulasan pendek tentang MIHAS ada kat blog abang panda.......(terima kasih abang panda)
Harapan fish semoga kalian akan terus menyokong fish dan terus mengikuti (ada orang follow ke blog fish) kisah hidup fish.
Subscribe to:
Posts (Atom)