Wednesday, December 16, 2009

Kembali Semula

Mohon maaf sebab dah lama tak berblog.....memandangkan sibuk dengan kerja.....Fish akan kembali semula berblog.....Terima kasih pada yang mengingatkan Fish.....nantikan entry baru dari Fish

Saturday, August 29, 2009

Black Canyon









Tarikh : 28 Ogos 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Black Canyon Cafe, Jaya Jusco AU2 Keramat
Kawan2 : Abang Shak, Abang Joe, Abang Naim, Mama Larn, Eina, Zarul, Eiz, Madi , Fendi, Shahir & Amir

Alhamdulillah...hari ni fish makan makan dengan kengkawan fish dekat Blacak Canyon Cafe didalam Jaya Jusco AU2 Keramat. Banyak pilihan untuk makan kat sini. Selepas berbuka ala kadar dekat rumah Abang Shak (terima kasih tuan umah - lain kali kami datang lagi kalau dijemput) terus ke JJ Au2 untuk makan2. Dan terima kasih pada semua yang datang...

Thursday, August 27, 2009

Ketuk Ketuk Kuali Ramadhan

Hari ke 5...ketuk ketuk kuali sambil buat cucur ikan bilis

Hari Ke 5

Hari Ke 4

Hari Ke 3

Hari Ke 2

Alhamdulillah dah 5 hari berpuasa. Banyak cabaran dan dugaan bulan Ramadhan ni dan paling mengujakan ialah juadah yang disediakan di bazaar Ramadhan. Dan sepanjang bulan Ramadhan ni fish tak beli kat bazaar Ramadhan. Fish lebih banyak menghabiskan masa kat dapur untuk memasak juadah berbuka. Masak apa yang ada kat dalam peti ais. Mudah dan yang penting boleh panaskan balik untuk sahur. Terima aksih juga kat kawan2 fish kat penthouse (Zarul & Eina) yang berkongsi resepi dan jugak berbuka bersama tak lupa juga housmate fish (Fendi). Tengok je la gambar gambar diatas...hasil penat lelah Ketuk Ketuk Kuali Ramadhan....

p/s : memang berbaloi masak sendiri

Ku Miliki Abadi...


Tak ku duga belum lama cinta kita diperdaya
Gelora berlalu saja
Asmara yang dalam dada tak lagi didamba
Walau pernah hadir dalam jiwa

Keluhuran kasih dicari
Hadir menghiasi sepi dihati
Ku jelajahi bahagia yang ku ukir sendiri
Selagi ku berupaya berkasih
Ku miliki abadi

Dicari cari dimanakah silapnya...oh
Pesona melukai hati yang rapuh
Asmara yang dalam dada tak lagi didamba
Walau pernah hadir dalam jiwa
Gemilangkan cinta kepada yang sudi
Bahagia yang sebenar kini hadir
Oh Kasih...
Ku miliki abadi......yang abadi

Friday, August 21, 2009

Hubungan......


Hubungan antara manusia & buah-buahan



Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut,
tetapi umbinya tetap putih bersih.


Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili.
Semakin tua,semakin pedas.


Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.


Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Thursday, August 20, 2009

Kembali

Chombi (putih) & Bidin (oren)


Hari ni fish kembali setelah 2 bulan tidak mencoretkan kisah hidup fish. Fish berehat panjang sebab fokus pada kerja yang semakin banyak dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Apapun kehidupan tetap penuh dengan cabaran dan liku yang perlu fish tempuhi. Kali ini fish tidak keseorangan lagi kat rumah memandangkan fish dah ada housemate. Harap2 lepas ni tak sunyi sangat walaupun fish ada bela kucing dua ekor (lihat gambar) yang kekadang tak terlayan disebabkan terlalu manja.

Ok lah....akan bersambung lagi....

p/s : Pada semua fish minta maaf sebab terlalu lama tak update blog ni.

Wednesday, June 24, 2009

Bila Senja Berlabuh

Bila Senja Berlabuh

Kasih...
Seringkali kita berbicara tentang cinta
Seringkali itu jua kita terlupa
Kita juga manusia yang tak sempurna
Kita juga manusia yang mudah terlupa
Tuhan yang menentukan segalanya
Tuhan yang menciptakan kita
Kasih...
Bila senja berlabuh
Kita masih tercari cari dimana arah kita
Kita masih mencari destinasinya
Jauh entah dimana
Sejauh mentari berlabuh
Kasih...
Bila senja berlabuh
Segalanya baru bermula
Segalanya baru terurai
Kita mencari kasih dalam kesamaram
Kita mencari cinta dalam kegelapan
Percayalah kita akan bersama jua
Percayalah dengan kata cinta
Akan ku genggam janji kita
Akan ku pertahankan kasih kita
Biarkanlah senja berlabuh

Saturday, June 20, 2009

Suka Duka Ulang Tahun......Bukan Niatku


Sering kali ku terfikirkn mu
Dikaulah pada malam syahdu
Tertanya apakah salahku
Hingga jadi begini

Namamu berbisik di telinga
Wajahmu bermain dimata
Terhimbas kembali sejarah kita
Air berlinang dari mata


Sungguh bukan niat untuk menyakitimu
Percayalah kasih
Apa gunanya aku merayu
Jika engkau dah tak sudi


Maafkan aku kerna ku bersalah
Ku ingin kita kembali bersama
Tak rela aku berpisah denganmu
Kerna itu bukan niatku

Oh

Dalam hati kau selalu kucinta
Impian ku untuk kita bersama
Ku tahu tak pernah kita bercinta
Namun ku berdoa suatu hari hatimu kan terbuka

Bila Tuhan Lanjutkan Usia

Alhamdulillah.......hari ini genap 32 tahun usia fish...banyak cabaran dan dugaan yang fish hadapi. Bila tuhan lanjutkan usia fish, macam2 bermain dalam fikiran fish terutama tentang kehidupan sebagai seorang insan yang hanya menumpang dimuka bumi ciptaan tuhan yang Maha Esa. Terima kasih pada Arwah ibu fish yang membesarkan fish walaupun hanya 10 tahun, cukup menggembirakan fish. Hanya doa yang dapat fish titipkan...sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu. Pada Ayah, fish mohon dan ampun sekiranya ada silap dan salah fish dan pada kengkawan terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian.

Banyak lagi dugaan dan cabaran bakal mendatang jadi fish harus bersedia...doakan fish

p/s: to all my friend, thank you so much for the birthday wishes

Thursday, June 18, 2009

Gambar Kat Nexus Resort Karambunai

Pulau Sapi, Tunku Abdul Rahman Park

Sunset at Nexus

Another sunset at Nexus

its me

poolside

Marina Jetty, Sutera Harbour Resort

Me again

Kat depan Nexus Resort

Kat Jeti Pulau Sapi

Kat tepi kolam Nexus Resort


mmmmmm

Malas nak cerita...tengok je la gambar gambar ni.....

Nexus Resort Karambunai

Nexus Resort, Karambunai, Sabah
Fish baru balik bercuti dari Sabah. Fish tak pegi sorang, tapi fish pergi dengan bebudak office sebab ada company trip ke sana. Bermalam di Nexus Resort, Karambunai. Resort bertaraf 5 Bintang. Puas dapat berehat kat sana walaupun tak banyak aktiviti disebabkan lebih kepada santai......
Jadi kepada sesiapa yang nak merasa kesana cepat cepat la buat tempahan.... Tak la mahal sangat
Nexus Resort Karambunai......Some say...its heaven...

Tuesday, June 16, 2009

Bercuti...

Cuba teka, resort apa?

Malas pulak nak update blog ni sebab baru bali bercuti...tak sempat nak upload gambar lagi... Semalam baru sampai. Penat plak....nanti fish upload gambar.. nak rehatkan badan dulu...zzzzz

Mungkin

sekuntum mawar buatmu...agar kau mengerti aku menyayangimu...

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkan bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian
Hanya satu pinta ku
Sabarlah menantiKu kan pulang bersama
Cinta.....

Wednesday, June 3, 2009

Langkawi Lagi














Malas nak update...tengok je la pic ni...

Tuesday, June 2, 2009

Langkawi Trip

Banyak sangat gambar kat Langkawi, sampai tak ter upload....tgk la sendiri.....sampai bimnatng pun boleh rehat dengan tenang kat Langkawi ni. Ada kesempatan fish upload lagi... gambar biasa biasa je....maklum la fish tak pandai sangat ambik gambar ni....apapun fish enjoy kat sana.


sedapnya kucing ni tido

Pantai Pasir Hitam (Black Sand Beach...kata omputih)

Awana Porto Malai

Pantai Chenang yang tenang

Pemandangan waktu senja kat pantai chenang

Pantai Pasir Tengkorak

Berlibur kat tepi pantai
Salah satu jeti nelayan kat Langkawi

Pantai Chenang waktu tengahari