Thursday, January 13, 2011

Orang Lama

sekadar hiasan

Dah masuk tahun 2011, masih banyak benda yang perlu diperbaiki. Persoalan tentang kehidupan makin ligat difikiran. Usia makin berganjak dan 34 tahun hidup di bumi tuhan, Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tahun baru tapi azam tetap sama dan orang tetap lama. Azam nak jadi orang yang lebih baik dari tahun ke tahun tetap sama. Tapi hidup fish tetap sama, ceria, suka dan adakalanya duka.

Pasang surut hidup banyak mengajar diri tentang erti sebenar kehidupan. Usia bukan penghalang untuk kita menjadi insan cemerlang (berceramah pulak) walaupun banyak rintangan dan dugaan di zaman yang serba mencabar.

Langkah permulaan dalam tahun 2011 untuk kembali aktif menulis luahan rasa dan suara hati diri dalam cara yang lebih mudah, ringkas dan senang difahami.

Langkah 2011.....satu perjalanan baru...

2 comments:

Jerung Rimba Putih said...

yay!!! dah mula aktif.. suke3.. hehe..

afeb pilah said...

mak ai! abg terkejut tgk ape tu?