Thursday, December 16, 2010
Bersawang
Dah lama tak masuk kena komen ngan seorang teman "dah bersawang".....Insyaallah....akan kembali seperti biasa menjelang tirai 2011 dengan pelbagai cerita
Friday, July 23, 2010
Pagi Jumaat
pagi yg suram
8.55 pagi
Sampai opis trus sarapan...popia goreng bersalut cili...peberet. Pagi dah ting tong, kepala masih berat sebab darah naik kesan dari makan seafood banyak (mengidam sangat). Makan ubat dan terus berfacebook. Tak banyak keje sangat lepas abis event. Layan kengkawan kat facebook. Ada yang cakap fish diva kat facebook sebab banyak sangat komen2 kat status fish. Fish bukan diva....bukan raja atau ratu facebook...fish hanya insan biasa (mode sendu pagi jumaat neh...hahahhaha) cam ni lah kalau banyak kawan.....hidup kena ceria. Malas nak malalut panjang2.....dah tengahari...perut keronocong...nasib baik bawak bekal..ada sambal tumis ngan ikan pekasam smlm....cukup la....
*** bersambung
Basah
6.45 ptg
Sampai umah semalam singgah kedai beli ikan, tak banyak sangat pilihan. Dalam usaha mengurangkan makan makanan laut...takut sbb darah dah naik. Balik uma terus siang ikan..nak masak untuk makan malam tetiba rasa mcm banyak sangat air kat lantai, rasa mcm pai tersumbat...arghhh..dah dekat 2 tahun duduk situ ni kali kedua. Nak kena panggil plumber gak lepas ni. Melayang lagi duit. Brenti masak, basuh lantai sambil kemas dapur skali. Basah....dan terus basah....bukan mimpi basah
7.50 mlm
siap masak tu pun goreng ikan je....kurma telur smlm ada lagi....makan je apa yang ada...settle. tadi dah basah...mandi then layan astro.....tak ada rancangan menarik kul 11 masuk bilik tido...penat basuh dapur.
****tak sempat nak snap apa2
Thursday, July 22, 2010
Muncul Kembali?
1.40 pm.
Blog makin bersawang dah dekat 4 bulan ditinggalkan..... adakah fish akan muncul kembali atau akan terus sepi.....ntah la..makin tak pasti. Tapi Alhamdulillah, perlu mengunpulkan kembali semangat yang ada. Semalam dapat sedikit keyakinan melihat kegigihan kawan kawan kembali menulis dalam blog sebagai diari harian. Luahan perasaan, rasa dan ketidakpuasan hati seringkali dipaparkan dalam blog. Yang lama menulis dah menjadi amalan harian menulis apa yang berlaku setiap hari bagi yang baru macam fish masih mencari rentak dalam menulis... dan Insayaallah fish akan kembali dengan 1001 kisah hidup fish.
salam dari fish
Thursday, April 15, 2010
Sepi Di Putrajaya
Mentari Pagi (7.45 pagi)
Jalan Sepi dan tenang
Fish kembali dengan seribu satu pertanyaan......tak pasti nak menesruskan blog atau tak. Ada yang komen blog dah bersawang. ada yang tanya kenapa tak update. Malas? Keliru? Sibuk? Macam macam yang ditafsirkan.
Hari ni fish kembali dengan kudrat yang ada untuk kembali menulis. Memang fish sibuk sedikit semenjak dua ni. Subuk mencari duit lebih untuk diri sendiri. Hidup di Kota metropolitan Kuala Lumpur banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Suasana pagi tadi membuatkan hati fish tenang dan banyak berfikir apa yang harus fish lakukan demi kerjaya dan hidup fish. Dan hari ni tekad dan usaha fish untuk kembali dalam penulisan blog.
Dah setahun lebih blog ni dihasilkan atas Suara Hati fish sendiri. Banyak suka duka yang fish lalui masa tu dan fish banyak belajar tentang hidup sendiri. Walaupun dalam kepayahan fish sedar yang fish harus bangun dari apa yang telah berlaku.
Tabah, Tekad dan Yakin......
Monday, January 18, 2010
Kembali Bersiaran
Fish kembali bersiaran mulai hari ni....banyak benda yang dilalui sepanjang fish berehat dari blog. Terlalu banyak kenangan yang fish tinggalkan untuk memulakan kembali sesuatu yang fish rasa perlu untuk luahkan apa yg terbuku dan suka duka kehidupan hidup fish. Bercerita dan meluahkan dalam bentuk penulisan mudah menggunakan zaman IT......BLOG. Dulu fish kerap kali kali luahkan rasa hati fish setelah berpisah dengan orang yang tersayang.... apapun kehidupan akan fish teruskan. Memulakan azam tahun 2010 walaupun agak terlewat. Bak kata seorang kawan fish "kebenaran itu kadangkala pahit". Teruskanlah....teruskanlah...
Subscribe to:
Posts (Atom)