Thursday, April 2, 2009

Sekadar Renungan

sekadar gambar hiasan

4 PERKARA UNTUK SIHAT



Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi



2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.



4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



p/s* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

........renung renungkan dan selamat beramal......

2 comments:

shazali said...

ikan,

thanks for sharing this info...

p/s : bile leh pi minum2 nih?

Penapenis said...

bagus2.. maklumat yang berguna.. tma kasih tuan rumah..