Thursday, January 29, 2009

Aku, Novel dan Lagu

Dalam sibuk tak nak update 'terupdate jugak. Dari hari selasa nak update akhirnya masuk jugak. Masa cuti Tahun Baru Cina fish singgah kat "BORDERS" Berjaya Times Square lepas tengok wayang ngan kengkawan fish Syihan & Eddie. Habis je cerita "Underworld 3 Rise of The Lycan" terus masuk kat situ then ternampak la novel terbaru Kak Norhayati Berahim. Terus je fish beli. Fish nak buat koleksi. Kebanyakkan novel dia fish ada. Baru nak start baca.......layan jap

"CHINTA" sebenrnya adalah watak seorang wanita dalam novel ni

penanda buku dari Korea dah ada tempat untuk diselitkan.....terima kasih Am

Borders......bukan sempadan tapi kedai buku

Sambil baca novel ni fish layan la lagu UK's. Sedap plak melayan perasaan sorang2 ni. Dah lama tak dengar lagu ni.......Di Luar Kemampuanku

Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
pasti suasana kan lebih bermakna

Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Katamu kasih sayang tak bererti
Tidak menjaminkan untuk esok hari

Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini
Ku mampu petik bintang dilangit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mapu pertahankan mu walaupun lawan ku seribu

Itu hanya bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam
Hakikatnya yang ku ada
Satu jasad satu nyawa satu cinta

Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasibmu
Kini aku menggenggam satu azam
Melempar khayalan untuk kehidupan

Aku dan Hujan

Banyak pulak keje kat office hari ni. Nasib baik fish sempat habiskan sebelum balik. Nak balik awal pun tak leh plak. Hujan lebat sebelum fish keluar office tadi. Sementara tunggu bas sampai snap la dua tiga keping gambar masa hujan sambil dengar lagu kat HP fish. Teringat pulak masa kecik2 main hujan. Tapi dah besar takut pulak nak main hujan. Hujan seringkali mengembalikan ingatan fish pada kenangan2 yang tak boleh fish lupakan. Banyak sangat...... malas plak nak update sebab tengah berangan dalam hujan...hahahahahahaha.....

nak snap pic titisan air kat daun, tak sempat nak ambik sbb bas dtg....tgk je la

susana hujan lebat dekat office......sejukkkkkk

Tuesday, January 27, 2009

Makan Makan @ Ampang Look Up Point

Semalam fish join ngan kengkawan makan makan kat Ampang Look Up Point. Tak tau plak ada look up point kat ampang ni. Bertolak dari umah lebih kurang kul 8.20 malam. 15 minit sampai kat situ. Ramai jugak yang datang makan kat sini maklum la cuti Tahun Baru Cina. Fish ngan kengkawan fish Amir, Shahir, Eina, Syihan, Abg Joe, Zarul, Sarah & Eddie terus cari tempat makan. Kitaorang pilih untuk makan kat Bread & Olive Cafe. Makanan Arab atau Makan ala ala Meditrenean

Ni cafe yang kitaorang pilih Bread & Olive Cafe

Shahir, Eina, Eddie & Syihan

Sarah (bertudung biru) Amir, Abang Joe & Zarul

Tempat duduk kat kat luar berlatar belakangkan pemandangan bercahaya bandaraya Kuala Lumpur dari Ampang Look Up Point. Kitaorang pilih untuk duduk kat luar walaupun tempat makan dia hampir penuh. Ramai warga arab makan kat sini. Tempat yang menarik untuk dating dan hang out dengan kengkawan. Makanan dia pun menarik dan tak la mahal sangat


Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari Ampang Look Up Point

Menu pilihan Amir......tetap nak makan nasi

Sarah Pilih Meditreanean Pizza.....atau Pizza Arab

So ni la menu pilihan ramai malam tu....grill chicken chop

ni menu fish & zarul....mexican roll (lupa plak nama dia) or chicken shawarma

B & O Flava Layer....mesti cuba ni....sedap....ada Blended Mango, Cherry, Orange & Watermelon blended with ice

Fuhhh....kenyang malam tu. Apapun memang seronok bila makan ramai ramai. Lepas makan je terus ada sesi bergambar kat kawasasn sekitar dan sama waktu dengannya. Arrrgghhh....penuh dengan gambar kontroversi (kontroversi ke) korang tengok la drama kat Ampang Look Up Point ni

Lakonan Eina & Eddie

Dibantu oleh Amir Farid

Dalam Cerekarama "Cinta Tiga Segi".....Akan muncul di LCD TV rumah anda.....Tragis

Arahan Ahmad Rosidi & Md Zarul

p/s: sorry la pic tak brapa nak clear....pakai HP guna night mode...ada pic yg blur

Monday, January 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Fish nak wish Selamat Tahun Baru Cina pada semua kengkawan fish yang beragama buddha tak kira walau diamana mereka berada "Gong Xi Fa Cai"...... Pada kengkawan yang lain selamat bercuti dan pada sesapa yang balik kampung tu berhati hati dijalan raya. Utamakan keselamatan anda dan orang yang anda sayang. Anda mampu mengubahnya.

limau yang sinonim dengan perayaan tahun baru cina

p/s: josh.....wa pun mau limau jugak lor.....malas mau suntik vitamin c

Sunday, January 25, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Lepas mandi manda kat Sungai Rumput, balik umah fish terus tertido....nasib baik terjaga.. kalau tak, hanyut la jawab dia. Hari ni sempat juga la fish masuk panggung kat Pavilion. Tengok citer Inkheart. Tak perlu fish nak buat ulasan pasal citer ni... kang tak best plak. So pada sesapa yang nak tengok citer Inkheart ni silalah ke pawagam berdekatan dengan rumah masing masing. Bagi fish cerita ni menghiburkan.... Terima kasih buat kawan fish yang sudi ajak fish tengok citer ni. Dah lama tak masuk panggung......layannnnnnn....

tiket ni boleh diframekan kemudian.......

sebelum tengok wayang fish makan2 kat food republic kat pavilion...popiah basah....

fishball noodle soup...ipoh mali katanya.......padahal mak indo yang buatkan

food republic yang sentiasa penuh...nak cari tempat duduk pun susah.....

Penuh jugak aktiviti hujung minggu fish kali ni. Apapun terima kasih kat Abang Eq sebab ajak fish mandi manda kat Sungai Rumput, Batu 12 1/2 Jalan Bentong (ada yang panggil Sungai Pisang). Tak lupa juga buat Ayie & Roy. Hilang stress sekejap berlibur kat Sungai Rumput (tetiba ada photographer dari majalah libur ambil gambar kitaorang kononnya nak masuk dalam majalah libur). Fish memang suka mandi manda sebab tu kekadang lupa benda lain...hahahahaha... apapun fish enjoy (habis la abg sebarau tak tahan sejuk, biasa sebarau kat kawasan sungai yang tak berapa sejuk)........fish & sebarau jumpa air tak hengatttttttt......

sungai rumput yang masih jernih walaupun pernah tercemar suatu ketika dahulu

apam balik yang masih panas....ni baru sarapan

speghetti yang abang eq buat.......sedap.......mrasa la sapa tengok gambar ni...

p/s: buat roy & ayie, kalau terbaca blog ni....fish nak gambar2 masa mandi manda tu yer..

Saturday, January 24, 2009

Pening....

Fish minta maaf la sebab tak dapat nak update blog buat sementara ni sebab kesihatan tak berapa mengizinkan. 2-3 ari ni fish pening skit. Banyak keje kat office yang belum diselesaikan. Ada jugak la yang speku fish kena darah tinggi macam abg eq (mati la kena caras ngan abg eq). Yang penting sekarang ni kena jaga pemakanan. Tu je yang doktor nasihatkan sebab fish senang nak kena food poisoning (ikan pun kena food poisoning ke?). So buat sementara ni fish nak rehat dan fish akan update blog ni kemudian.....tak nak la bersawang lama lama.

nak rehat dulu.... kalau dah ok nanti fish akan sambung apa yang patut........

Tuesday, January 20, 2009

Makan dan Makan Lagi

Makan lagi(ikut tajuk kat atas) Ntah la.....mood pun happy so makan je la keje fish. Malam tadi fish dinner ngan eddie....memandangkan dia demam so fish terpkasa la temankan dia makan. Hajat hati nak beli makan kat pasar malam taman cahaya, tapi tak ada yang menarik so fish makan la kat tempat biasa, kat LRT Corner, dekat ngan umah fish. So tem makanan malam tadi "makanan orang sakit" Sup Ayam dan Kailan Goreng Ikan Masin...korang tengok je la...

kailan goreng ikan masin

Sup Ayam

Apa yang membuatkan kita happy? Kekadang ada gak org tanya fish, bila baca blog macam sedih tapi bila diaorang tengok fish nampak happy....mmm bagi fish makanan boleh membuatkan seseorang tu happy .. ntah la hari ni memang mood happy. Waktu lunch tadi boss belanja semua staff kat Seri Pacific Hotel. Kul 1 tengahari tadi fish dah terpacak kat Seri Pacific Hotel dengan bebudak office. Masuk je kat Saveur Restaurant dah ramai orang. Nampak je makanan yang terhidang mood terus happy. Banyak sangat fish makan hari ni. Kenyang sangat. Gambar makanan yg lain tak leh nak snap...kang ada plak kutuk fish buruk lantak (sekali sekala makan free apa salahnya) so tengok la balance gambar yang fish dah snap.....

Mangsa pertama...sudu dan garpu

Deko meja yg simple dan menarik

Ni yang boleh diuploadkan yang lain censored........Aiskrim 4 perisa....yummy