Penat jalan jalan kat Bandaraya Kuala Lumpur, fish singgah makan kat restoran melayu. Ada jugak menyediakan makanan ala ala cina. trus fish order chee cheong fun ngan air green apple kasturi. Hilang dahaga
Wednesday, January 7, 2009
Sepetang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Sempat jugak fish jalan jalan kat Bandaraya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Saje nak tenangkan fikiran melihat keindahan bandaraya kuala lumpur waktu petang. Walaupun pesat dengan pembangunan, ada beberapa tempat menarik yg dapat menenangkan sesiapa sahaja yang menikmati landskap hutan batu kota metropolitan Kuala Lumpur (terasa macam mengacara rancangan la pulak). Bagi fish suasana petang di Kuala Lumpur Cukup mendamaikan kalau kena pada tempat dan keadaannya
dihujungnya, pertembungan sungai kelang dan sungai gombak....tenang mengalir dicelah celah kota batu
Suasana tenang dan damai sekitar Masjid Jamek
Friday, January 2, 2009
Histeria.......Prosperity & Me
Hajat hati hari ni fish nak masuk panggung nak menonton cerita histeria. Tapi histeria la kejap sebab tiket dah abis padahal yang datang kebanyakkannya adalah bebudak cina......padan muka mula2 ingat nak tonton waktu pagi......tapi lepas jumaat baru nak keluar dari rumah.....tak pe la....esok masih ada....
Terus fish masuk Mek Di kat tingkat 5 Times Square.....ramai la plak orang....at last dapat gak tempat duduk kat depan kaunter..... mmmm..... akhirnya dapat jugak merasa "Prosperity Burger" yang setahun sekali muncul. Jom merasa......

Kasut sukan paling mahal yang pernah fish beli (RM 189.90) tak pe la sekali sekala beli untuk diri sendiri apa salahnya kan......
Terus fish masuk Mek Di kat tingkat 5 Times Square.....ramai la plak orang....at last dapat gak tempat duduk kat depan kaunter..... mmmm..... akhirnya dapat jugak merasa "Prosperity Burger" yang setahun sekali muncul. Jom merasa......
aaaaaaaaa.......

sedapppppppppppp......
Lepas makan fish jenjalan cuci mata kat Berjaya Times Square. Ingat nak shopping skit, then ternampak kedai kasut Adidas lagi pun sekarang tengah ada "Year End Sales". Dah lama fish ingat nak tukar kasut sukan yang dah koyak tu...... sayang plak nak pakai kasut yang baru ni untuk bersukan. Ingat nak pakai jenjalan je....... mmmmmm....
Thursday, January 1, 2009
Selamat Datang 2009
2008 melabuhkan tirai dengan 1001 satu kisah suka duka dalam hidup fish. Yang pasti 2009 telah menyingkap tirainya hari ini. Satu lagi cabaran yang akan fish hadapi sepanjang 365 hari yang pasti mencabar. Fish sendiri masih terumbang ambing dengan apa yang berlaku. Namun kehidupan tetap akan diteruskan meskipun fish tak pasti adakah tahun baru 2009 akan membawa kebahagiaan pada fish. Tahun 2009 adalah tahun Lembu (Ox - The Brown Earth Year) dalam Kalendar Cina dan Tahun 1430 Hijrah, tahun baru dalam Kalendar Umat Islam baru saja bermula. Fish berdoa agar tahun 2009 akan mengubah kehidupan fish....
Semalam ramai yang datang berkumpul di PNB Darby Park sempena sambutan tahun baru 2009. Terima kasih pada semua yang datang...

belakang tabir - orang kuat yang menjayakan acara "New Year Eve @ PNB Darby Park"

muffin yang lembut dan sedap atas permintaan seseorang.......bukan morfin....

buah buahan hasil kreativiti seseorang....anak sapa la yang buat ni confuse plak

Selamat Tahun Baru 2009

Tuesday, December 30, 2008
Hari Yang Mendamaikan
Hari ni fish rasa tenang dan selesa skit selepas mandi manda kat sebuah sungai kecil yang menunggu masa dicemari dan dimusnahkan oleh pembangunan……terima kasih pada abang budu sekeluarga yang sudi menerima kehadiran fish untuk berehat dan menikmati suasana kampung yang mendamaikan. Dapatlah fish melupakan buat sementara apa yang bergolak dalam hati fish…Suasana kampung yang mendamaikan dan menenangkan siapa sahaja yang berkunjung ke sini…..Kampung Sungai Choh, Rawang, jauh dari kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur . Walaupun baru 2 hari fish menjejakkan kaki kesini, layanan yang fish terima cukup istimewa……lebih dari keluarga sendiri…..fish amat amat terharu…..Insyaallah fish akan kembali lagi kesini…..damai dan tenang….
Fish nak minta maaf pada kengkawan fish, lupa nak bagitau fish bercuti ala2 home stay kat Kg. Sungai Choh, Rawang.... pic kat bawah....ada jugak yg speku fish pergi bercuti jauh...

Fish nak minta maaf pada kengkawan fish, lupa nak bagitau fish bercuti ala2 home stay kat Kg. Sungai Choh, Rawang.... pic kat bawah....ada jugak yg speku fish pergi bercuti jauh...
Sunday, December 28, 2008
Bila Cinta Kita Di Persoalkan
Fish bangun awal pagi sebab tak dapat lelapkan mata sepenuhnya...fish banyak berfikir, berfikir soal hati, soal cinta fish yang seringkali dipersoalkan. Fish sendiri tak pasti, sejauh mana cinta fish pada dia. Apa tanggapan dia pada fish, sejauh mana cinta dia pada fish....masih terlalu jauh untuk fish rungkaikan setelah cinta fish dipersoalkan. Fish tak minta apa apa, fish cuma nak kongsi kasih sayang yang fish ada. Fish tak nak perpisahan berlaku lagi....cukuplah sekali
Fish sedar siapa diri fish, tak sempurna, tiada yang istimewa pada diri fish. Hanya bersandarkan hati dan perasaan fish. Sukar untuk fish fahami segala yg tersirat dalam diri dia. Fish hanya memahami situasi yang dia hadapi.....dan atas nama cinta....fish akan tetap terus menanti dan menanti sebuah cinta yang fish sendiri tak pasti....

p/s: maafkan fish andainya coretan ini sedikit sedikit melukakan, tapi inilah yang bermain difikiran fish
Wednesday, December 24, 2008
Bila Hati Berbicara Tentang Cinta
“Cinta itu satu anugerah dan bukan hak milik. Tanpa cinta tak ada keindahan didunia ini sehingga ada yang sanggup berbunuhan kerana cinta dan ada juga yang rawan bila kehilangan cinta. Sebelum mencari cinta, setiap orang kena bersedia. Cintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain. Kita kena tanya diri sendiri, bolehkah kita menyayangi orang lain dengan lebih baik daripada kita menyayangi diri kita sendiri?”
“Kalau kita menyanggupi persoalan itu, barulah kita layak menjadi seorang pencinta kerana kita sudah faham dan bersedia dengan segala kemungkinannya. Tidak semua cinta akan berakhir dengan kebahagiaan. Dari situ kita tidak akan bertindak melanggar batasan sekiranya cinta itu gagal sampai ke destinasinya. Adakalanya cinta sering terhalang dengan keegoan kita sendiri.”
“Apabila seseorang itu memasukkan dirinya kedalam daftar pencinta, secara tidak langsung dia mesti belajar untuk menjadi seorang yang ikhlas dan sanggup berkorban. Tuntutan cinta itu berat. Bukan sekadar ucapan sebaliknya perlu dibuktikan dengan perbuatan.”
“Cinta itu ibarat bayang bayang diatas permukaan air. Ia akan lebih cantik sekiranya air tenang. Cantik, mempersona, tetapi terlalu rapuh. Mudah saja berolak walaupun diganggu oleh secebis ranting yang kecil. Walaupun ditolak oleh angin yang permai. Tetapi di sebalik sifatnya yang manja itu, jikalau disepuh dengan dengan kesetiaan, kasih sayang, saling memberi dan menerima serta saling percaya, bayang bayang itu bisa berubah menjadi seteguh ukiran di tugu peringatan.”
Cinta itu sentiasa datang dan pergi. Cinta itu mesti ada pasang dan surutnya….disitulah terletaknya keindahan sesebuah perhubungan…..
Cinta itu satu anugerah…..
Cinta itu ada pasang dan surutnya….
Cinta itu sentiasa datang dan pergi…….
Cinta fish telah pergi…..dan fish berharap agar cinta itu akan dtg kembali pada fish….
Mungkinkah akan ada sinar cinta untuk fish? Fish tak pasti..........
Sunday, December 21, 2008
Kemana Harusku Melangkah.....
Fish tak pasti kemana langkah fish selepas apa yang berlaku. Banyak persoalan yang bermain difikiran fish sekarang ni. Fish keliru, dilema dan sukar membuat keputusan dan fish rasa ada diantara kawan kawan fish berada dalam situasi yang sama seperti fish. Sejauh mana keputusan yang dibuat akan membahagiakan fish atau sebaliknya.....persoalan demi persoalan seringkali membuatkan fish berfikir samaada keputusan yg dibuat akan membahagiakan fish dan orang lain atau sebaliknya. Yang pasti fish harus tabah dan berusaha untuk menghadapi situasi sekarang ni demi mencari secebis kebahagian walaupun adakala tercalar dengan keegoan diri sendiri............
Jadilah seperti sekuntum mawar......
Fish bukan seperti sekuntum mawar......cantik dan wangi tapi sukar dipetik disebabkan pokoknya berduri... terpaksa berhati hati untuk memetiknya.... takut terluka.....
Tak pasti, keliru dan sukar membuat keputusan... jalan mana yang harus fish pilih. Ada pihak yang akan terasa dan terluka dengan keputusan yang dibuat. Kemana lagi harus fish pergi.. moga moga tuhan berikan kekuatan pada fish untuk menhadapi situasi yang sukar ini walaupun segalanya terletak pada tangan fish...Jalan mana yang harus fish pilih? Kemana harusku melangkah?.....
Tak pasti.....dan masih tiada arah hendak dituju.......

Subscribe to:
Posts (Atom)