Saturday, January 15, 2011

Jam, Masa dan Sukan

Dah lama nak beli jam tangan baru, hari ni terima parcel. Syukurlah dah sampai ketangan hasil belia dari internet semalam. Tak de la nak pakai jam yang sama kalau bersukan. Kali ni dapat beli Casio G-Shock secara online internet mudah dan jimat.

Tak nak cerita pasal jam, berbalik kepada aktiviti harian. Minggu ni tak dapat sangat nak bersukan sebab hujan. Masa untuk bersukan pulak makin kurang dengan bebanan kerja. Fish cuba sedaya upaya membahagikan masa untuk lebihkan bersukan walau sesibuk mana pun. Tapi entah la, kekadang banyak jugak buang masa...........hahahahahahaha. Kekadang bila masa dah berlalu baru nak fikir balik.

Hari ni hujan lagi. Sempat main pingpong sejam, selebihya tengok kawan2 main Squasy. Teringin gak nak main. Tak pe la mungkin lain kali. Esok masih ada. Cuba Badminton pulak, syukurlah main dalam dewan.

p/s: majulah sukan untuk kesihatan diri sendiri

Thursday, January 13, 2011

Gajet


Hasil terapi minda bila telefon rosak akhirnya Sony Ericsson Experia X8 jadi pilihan dengan sistem Android ... Terlintas nak tukar telefon dah lama hinggalah petang tadi bila telefon yang dah dipakai selama 4 tahun mula buat hal. Mula2 agak keberatan nak tukar..... tapi akhirnya ak jugak pakai telefon skrin sentuh sepeuhnya. Masih terkial kial menggunakan sistem Android..

Entah la mungkin fish seorang yang sukakan sangat dengan gajet2 baru ni. Syukurlah tak la semahal mana. Beli ikut kemampuan je. Takut nak berbelanja lebih. Apapun hati masih sayang dengan telefon lama sebab banyak berjasa.

Tetap dengan Sony Ericsson dengan sedikit kelainan.....bulan ni makan maggie.

Orang Lama

sekadar hiasan

Dah masuk tahun 2011, masih banyak benda yang perlu diperbaiki. Persoalan tentang kehidupan makin ligat difikiran. Usia makin berganjak dan 34 tahun hidup di bumi tuhan, Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tahun baru tapi azam tetap sama dan orang tetap lama. Azam nak jadi orang yang lebih baik dari tahun ke tahun tetap sama. Tapi hidup fish tetap sama, ceria, suka dan adakalanya duka.

Pasang surut hidup banyak mengajar diri tentang erti sebenar kehidupan. Usia bukan penghalang untuk kita menjadi insan cemerlang (berceramah pulak) walaupun banyak rintangan dan dugaan di zaman yang serba mencabar.

Langkah permulaan dalam tahun 2011 untuk kembali aktif menulis luahan rasa dan suara hati diri dalam cara yang lebih mudah, ringkas dan senang difahami.

Langkah 2011.....satu perjalanan baru...

Thursday, December 16, 2010

Bersawang

Dah lama tak masuk kena komen ngan seorang teman "dah bersawang".....Insyaallah....akan kembali seperti biasa menjelang tirai 2011 dengan pelbagai cerita

Friday, July 23, 2010

Pagi Jumaat

pagi yg suram

8.55 pagi

Sampai opis trus sarapan...popia goreng bersalut cili...peberet. Pagi dah ting tong, kepala masih berat sebab darah naik kesan dari makan seafood banyak (mengidam sangat). Makan ubat dan terus berfacebook. Tak banyak keje sangat lepas abis event. Layan kengkawan kat facebook. Ada yang cakap fish diva kat facebook sebab banyak sangat komen2 kat status fish. Fish bukan diva....bukan raja atau ratu facebook...fish hanya insan biasa (mode sendu pagi jumaat neh...hahahhaha) cam ni lah kalau banyak kawan.....hidup kena ceria. Malas nak malalut panjang2.....dah tengahari...perut keronocong...nasib baik bawak bekal..ada sambal tumis ngan ikan pekasam smlm....cukup la....

*** bersambung

Basah

6.45 ptg

Sampai umah semalam singgah kedai beli ikan, tak banyak sangat pilihan. Dalam usaha mengurangkan makan makanan laut...takut sbb darah dah naik. Balik uma terus siang ikan..nak masak untuk makan malam tetiba rasa mcm banyak sangat air kat lantai, rasa mcm pai tersumbat...arghhh..dah dekat 2 tahun duduk situ ni kali kedua. Nak kena panggil plumber gak lepas ni. Melayang lagi duit. Brenti masak, basuh lantai sambil kemas dapur skali. Basah....dan terus basah....bukan mimpi basah

7.50 mlm

siap masak tu pun goreng ikan je....kurma telur smlm ada lagi....makan je apa yang ada...settle. tadi dah basah...mandi then layan astro.....tak ada rancangan menarik kul 11 masuk bilik tido...penat basuh dapur.

****tak sempat nak snap apa2

Thursday, July 22, 2010

Muncul Kembali?

gambar terbaru

1.40 pm.

Blog makin bersawang dah dekat 4 bulan ditinggalkan..... adakah fish akan muncul kembali atau akan terus sepi.....ntah la..makin tak pasti. Tapi Alhamdulillah, perlu mengunpulkan kembali semangat yang ada. Semalam dapat sedikit keyakinan melihat kegigihan kawan kawan kembali menulis dalam blog sebagai diari harian. Luahan perasaan, rasa dan ketidakpuasan hati seringkali dipaparkan dalam blog. Yang lama menulis dah menjadi amalan harian menulis apa yang berlaku setiap hari bagi yang baru macam fish masih mencari rentak dalam menulis... dan Insayaallah fish akan kembali dengan 1001 kisah hidup fish.

salam dari fish