Monday, February 16, 2009

Dalam Melawan Emosi

memikirkan apa yang harus dilakukan untuk menghadapi semua dugaan

Langit petang hari ni mendung sedikit. Fish rasa seolah olah awan petang memahami suasana suram yang melanda diri fish. Suram, samar dan tak menentu. Fish harap akan ada sinar selepas ni walaupun ada ketikanya fish tak pasti samaada fish mampu bertahan atau tidak. Semalaman fish memikirkan apa yang harus fish lakukan. Dan hari ini fish sekali lagi hampir dikuasai oleh emosi, Berperang dengan suasana dan berperang dengan emosi fish tak mahu gagal lagi.... gagal dalam menguasai emosi fish

Jenuh aku mendengar
Manisnya kata cinta
Lebih baik sendiri

Bukannya sekali
Seringkali mencuba
Namunku gagal lagi
Mungkin nasib ini
Suratan tanganku
harus tabah menjalani

Jauh sudah langkahku
Menyusuri hidupku
Yang penuh tanda tanya

Kadang hati bimbang
Menentukan sikapku
Tiada tempat mengadu
Hanya iman didada
Yang membuatku mampu
Lalu tabah menjalani

Malam-malam aku sendiri
Tanpa cintamu lagi
Hanya satu keyakinanku
Bintangkan bersinar
Menerpa hidupku
Bahagiakan datang

Tak Mampu Bertahan

Tak mampu ku tahan

Fish minta maaf sebab lama tak update blog. Banyak benda yang belaku dalam minggu ni dan membataskan fish untuk nak update. Buat kesekian kalinya, fish menangis lagi. Ntah la rasa sebak dan hiba datang lagi sebelum tidur. Tak mampu fish nak tahan lagi.......

Fish bukan nak menagih simpati atau meminta sesuatu yang tak pasti, ni lah luahan hati fish, suara hati seorang lelaki .....sukar untuk fish. Sukar difahami, sukar diduga dan sukar untuk melupakan sesuatu. Sesuatu yang fish sendiri tak pasti sejauh mana fish mampu bertahan. Sekuat mana hati fish untuk melupakan dan seteguh mana hati seoarang lelaki.....akan bercucuran jua airmatanya bila hebatnya dugaan melanda.......

"aku meminta pada yang ada,
aku merindu pada yang kasih,
aku merayu pada mu sudi merindu ku"

Monday, February 9, 2009

Meriahhhhhhh........

Fish rasa minggu ni la minggu paling meriah. Banyak aktiviti yang berlaku sempena cuti hujung minggu lalu. Sabtu lepas kerja, Keng kawan office fish ajak lunch kat The Mall. meriah dengan gelak ketawa. Hilang tension kat office. Makan dekat salah sebuah cafe kat The Mall....

berebut nak rasa Beef Fried Rice

Fish order Hokkien Mee

Cantonese Yee Mee

Sizling Chicken set Menu

Sapa tak tau menatang ni tak tau la nak cakap apa

Chocolate Blended Ice (yang tertera kat menu la)

Lepas makan makan2, Syihan Ajak fish tgk wayang cerita Ong Bak 2. Dapat jugak tengok kat GSC Berjaya Times Square walaupun sabtu atau hari cuti sentiasa penuh dengan kaki wayang

GSC Berjaya Time Square

Apapun paling meriah tetap masa berkelah semalam kat Sungai Chiling, Hulu Selangor lebih kurang 70 kilometer jaraknya dari Bandaraya Kuala Lumpur. 10 minit perjalanan dari BandarKuala Kubu Bharu. Dalam perancangan mula2 yang bagi nama nak ikut lebih kurang 10 - 15 orang, tapi tak sangka pulak dekat 30 orang yang nak ikut. Apapun banyak gambar yang tak dapat fish masukkan kat sini........sapa sapa nak tgk nanti fish bagi adress flickr fish.

Posing sementara tunggu kengkwan lain kat Plaza Tol Rawang Selatan

kejernihan air kat Sungai Chiling

Sungai Chiling juga merupakan sebahagian daripada santuari ikan bagi negeri selangor

Suasana redup dan tenang sekitar Sungai Chiling

Sesi bergambar ramai2 sebelum balik ke KL

Terima kasih pada semua yang datang, dan pada yang tak join...rugi tau...Insyaallah ada masa kita datang lagi......enjoy your life...hidup mesti ceria...cheers

Thursday, February 5, 2009

Tension

Tension plak hari ni....rasa macam nak balik je tadi

Serba tak kena plak hari ni. Banyak kerja yang belum diselesaikan kat office berpindah tangan. Atas arahan boss fish kena selesaikan apa yang belum selesai. Dateline minggu depan...... Aduhai bertambah plak kerja. Apapun fish anggap sebagai tanggungjawab untuk selesaikan semua tu. Ada 3 agenda penting
  1. Halal Retreat - Budget dah 3 minggu belum siap. Fish cuma ada 4 hari
  2. Iran Halal Show 2009 - Final stage untuk buat marketing
  3. MIHAS 2009 - Update
Arrggghhhh........tolongggggggggg............

Tuesday, February 3, 2009

Lunch Lagi ......

Alhamdulillah...tengahari tadi waktu lunch ada client belanja...murah rezeki kot. Sebelum tu ada meeting ngan client fish dari CCM Pharmaceutical pasal sponsorship untuk MIHAS 2009. Lepas terus diaorang ajak fish lunch. So fish bawak la diaorang makan kat Restoran Ole Ole Bali kat Solaris Mont Kiara dekat ngan office fish. First time fish makan kat sini so tak tau nak order apa. Last2 fish order Ole Ole Trio. Wahhhhh....penuh sebakul....larat ke fish makan ni. korang tengok la pic kat bawah ni....... apapun semua habis fish bedal. Hahahahahahahhahaha.....

ni la set menu Ole Ole Trio.....tak ada nasi

Satay ayam digulung kat batang serai then dibakar....sedap dan tak ada minyak

kepak ayam bakar juga tak berminyak

sotong goreng tepung (kat bawah rempeyek tu)

Lepas makan baru fish check harga dia...hahahahahahah....terkejut gak RM 38....nasib baik orang belanja....Ok la....nak berehat jap baru balik keje ni lepas ni nak gi main volleyball, dan makan banyak kena la bersukan....chiowwwww...

p/s: makanan lain pun sedap gak....dan harga tak la terlalu mahal.....hehehehehehehe

Monday, February 2, 2009

Cuti Cuti Malaysia

Banyak yang berlaku masa cuti hari tu. Kebetulan haru sabtu lepas fish tak keje. So plan nak pergi PD fish ubah ke hari ahad. Hari sabtu fish jadi sukarelawan (bukan sukarelawati atau bukan sesuka hati) untuk tolong salah seorang staff kat opis fish memasak untuk kenduri tahlil arwah anakandanya yang kedua yang telah pulang ke Rahmatullah pada selasa yang lepas. So fish pepagi dah keluar dari umah seawal pagi nak tolong apa yang patut.....so ni lah yang fish masak untuk kenduri tahlil sabtu lepas (gulai kawah daging dan kentang, masak lemak cili pai nenas dengan ikan kering, acar nenas dan timun dan ada 2-3 menu lagi yg tak dapat nak ambik gambar sebab penat sangat)

gulai kawah daging dan kentang (untuk 150 org makan)

masak lemak cili api nenas dengan ikan kering

Malam plak fish keluar lagi sebab nak tengok wayang dengan kawan fish kat TGV KLCC. Dapat tiket free so pegi je la tengok kat TGV....thanks Eina for the free ticket

tak ada mood nak ambik gambar kat TGV sbb letih sangat

Ahad pukul 9 pagi fish naik komuter ke Seremban sebab dah lama plan nak bercuti so pegi la sorang ke PD. Dah banyak perubahan kat sini. Fish stay kat Bourgenvilla Resort, PD. Teluk Kemang sesak sangat so fish cari tempat yang agak terpencil dan tak ramai orang. Pantai dia landai tak macam teluk kemang........tenang je kat sini...dapat la bercuti. walaupun sehari fish puassssss.........

damai dan tenang kat sini

pemandangan dari Bourgenvilla Resort, PD

muka letih sebab baru sampai, terpaksa snap sendiri sbb dtg sorang

berjaya jugak menapak kat PD ni.......puasssssssssssssssss

Cute ke?

Terima kasih kat bulbul sebab kasi benda ni kat fish. So fish masukkan gak la kat blog fish


1. Copy Badge Cute Blogger Award untuk diletakkan di blog anda.

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

3. Penyampai anugerah: bulbul


link blog :

4. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memberikan anugerah ini kepada pemenang seterusnya.
  • anak ke 5 dari 7 beradik
  • suka makan
  • suka tido
  • happy
  • mudah bertukar fikiran
  • sukar diramal
  • suka baca novel
  • bersukan (semenjak dua menjak ni la)
  • berblog (ni pun semenjak dua menjak ni)
  • entah la...(selalu cakap)
5. Akan aku berikan anugerah ini kepada :-

  • abg eq
  • anak jawa
  • bulbul (nak kasi jugak)