Wednesday, January 14, 2009

Me and My Breakfast

Semenjak pindah umah baru ni fish asyik bangun lambat pulak. Tak tau kenapa. Dah kunci jam pun still malas nak bangun. Kata tido lambat tu tak de la lambat sangat. Pastu masuk office pun lambat. Kengkawan kat office pun dah perasan yg fish kerap masuk lambat kebelakangan ni. Mmmmm.... ntah la kekadang tu ada gak la tido lambat tapi still bangun awal..... semenjak dua ni je terbabas. Mungkin juga fish terlalu memikirkan masalah yang belaku sbelum ni.. mmmm sabar je la buat sementara ni. Tahun baru ni kena kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan walau apa pun yang berlaku....... hidup mesti ceria

sekadar gambar hiasan

Dah la sampai opis lambat, siap pegi beli sarapan lagi bukan nak terus buat kerja.....hahaahaha. Nasib baik la bos out station, jumaat ni baru balik. Apapun sarapan fish pagi ni simple je... Nasi Lemak Ayam Berempah (Nasi Lemak Cikgu @ Klana Ayam RM 1.70 Je)

dalam tak leh snap...presentation out

nescafe buat sendiri kat pantry

Tuesday, January 13, 2009

Merawat Luka Terpendam


sukar untuk ditafsirkan hati ini luar ceria, dalam bergelora

mungkinkah ada sinar cinta lagi untukku.....

Dah lama fish nak masukkan entry ni tapi tak berkesempatan sibuk skit minggu ni. Ni pun dah lama tak update blog ni. Lagi pun rasanya dah cukup lama fish simpan cerita ni dan ada diantara kawan fish yang masih tak tahu status fish dengan "sidia". Apa pun fish dah tak ada apa apa hubungan lagi dengan "sidia". Walaupun hati masih sayang....tapi kehidupan tetap fish kena diteruskan. 5 tahun yang penuh dengan kenangan dan penuh dengan dugaan sekelip mata berkahir. Mungkin dah sampai masanya untuk fish baiki kelemahan diri fish. Fish terima seadanya apa yang telah berlaku.

Terima kasih atas cinta yang telah fish rasa dan terima kasih atas kasih sayang yang fish dapat selama ni. Terima kasih juga fish ucapkan pada kengkawan yang tahu keadaan fish skrg ni dan tak lupa juga pada beberapa org sahabat fish atas bantuan dan sokongan. Jutaan maaf fish pohon andai ada salah dan silap fish selama ini. Bukan fish nak meraih simpati. Fish tak pasti sejauh mana fish mampu bertahan dengan situasi sekarang ni dalam keadaan fish yang masih "Merawat Luka Yang Terpendam"

Merawat luka yang terpendam
Kesannya masih berdarah
Hendak ku tangiskan tiada pedih
Yang telah terjadi padaku
Pasrah aku terima

Kau hujankan penghinaan
Aku renjis kesabaran
Aku curah pertanyaan
Adakah bahagia
Nanti akan menyingkir hiba

Dalam ribut ada hina
Dalam tenang ada sabar
Dalam tangis sendirian

Berkemungkinankan bahagia
Nanti akan menyusur tiba
Bukan ku mengundang bencana
Juga tak ku menabur dosa

Tak dapat dinafi kebetulan
Dugaan menimpa diriku
Rela aku terima

Saturday, January 10, 2009

Permintaan Terakhir (Nyanyian banduan dari penjara)

Fish tak tau sama ada cerita ini betul atau tidak(walaupun cerita dah basi tetap fish nak post jugak....boleh), yang pasti Saleem telah menjadikan ianya kontroversi dengan mengatakan lagu ini dicipta semasa beliau berada dipenjara. Ntah la fish pun sedih dengar lagu ni berulang kali sebelum tidur bila mengenangkan cinta fish yang tak kesampaian..... ikuti kisahnya dan lirik lagu yg puitis yang dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan....... sedih, pilu dan kecewa dapat fish rasakan semasa mendengar lagu ni.....

Kisahnya berkisar tentang kedukaan seorang lelaki yang cuma tinggal seminggu untuk berkahwin dengan wanita pilihannya dan terpaksa akur dengan kehendak wanita itu untuk memutuskan perhubungan dan kembali kepada kekasih lamanya. Atas pemikiran pendek, beliau telah menamatkan riwayat wanita itu bersama kekasihnnya....

Lelaki itu kemudiannya menyerah diri dan meminta hukuman gantung dijatuhkan terhadap dirinya. Sebagai permintaan terakhir sebelum hukuman dijalankan, beliau telah memohon untuk memanggil semua kawan kawan yang dikenalinya didalam penjara untuk mendengar dan merekodkan lagu nyanyian tulus dari hatinya....dengarkan.....



Bertahun sudah ku menunggu dirimu
akhirnya kau menjadi milikku
sukarnya untuk ku melupakan mu
kerna kau ku cintai selalu..

Tapi sayang
kehadiran kekasih lama mu..
datang kembali mengenang cinta dahulu..

mengapa ini semua harus berlaku..
apakah ini semua kerna diriku..
sedangkan aku cuma watak dalam percintaan..
tak sanggup aku melepaskan mu…

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan…
tak tahu mana arah untuk kau menuju…

Andai kau pinta untuk melepaskan mu…
terpaksa aku turutkan….
Mungkinkah ini suatu pengajaran
di dalam percintaan…………..


Lagu ni bertajuk cinta tiga segi. Fish rasa hiba bila dengar lagu ni. Ditambah pulak suara Hazwan yg penuh perasaan bila menyampaikan lagu ni. Syahdu dan pilu.....

Thursday, January 8, 2009

Dinner @ Penthouse

Ni la dinner fish malam tadi. Masak masak kat penthouse ...... hehehhehehe ...... fish tukang makan je..maklum la kat umah baru ni tak ada dapur lagi so terpaksa la naik kat penthouse masak masak. Fish tukang tumbuk sambal belacan je....yang lain tu member fish yang masak, Chef Eina. Masakan ala ala kampung dan tanpa minyak. Kena kurangkan makanan berminyak untuk jaga kesihatan. Yang penting makan tetap tambah walaupun tak banyak lauk pauk yang dimasak memandangkan ada ulam ulaman segar (walaupun 2 jenis je) tetap menyelerakan. Tema dinner malam tadi adalah makanan orang utara iaitu negeri Kedah, negeri kelahiran fish. Lama tak merasa masakan Kedah so enjoy....jom makan makan

Asam pedas ikan selar style kedah.....

Kerang rebus

Ulam kobis dan kacang kelisa (kacang botoi belah utagha)

Sambal belacan (fish jadi tukang tumbuk) pedas.......

Ulam ulaman dan kerang rebus sedap dimakan dengan sambal belacan.....

p/s : kalau ada sapa sapa nak rasa makanan utagha ni mai la kat penthouse........hehehehee.... abis la kaum kerabat cheq....abih kena masak.... dengaq cherita ada jugak oghang masak ikan sebarau.... tak tau la menu apa dia pun tak habaq mai kat cheq.....tak pa la no, nak buat macam mana....ada jugak la oghang belah selatan dok tak dok dah pandai cakap utagha.....anak sapa tak tau......

Wednesday, January 7, 2009

Sepetang Di Bandaraya Kuala Lumpur

Sempat jugak fish jalan jalan kat Bandaraya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Saje nak tenangkan fikiran melihat keindahan bandaraya kuala lumpur waktu petang. Walaupun pesat dengan pembangunan, ada beberapa tempat menarik yg dapat menenangkan sesiapa sahaja yang menikmati landskap hutan batu kota metropolitan Kuala Lumpur (terasa macam mengacara rancangan la pulak). Bagi fish suasana petang di Kuala Lumpur Cukup mendamaikan kalau kena pada tempat dan keadaannya

kenderaan rasmi fish kat Bandaraya Kuala Lumpur...siap ngan driver skali

Menara CIMB yang masih belum berpenghuni

Dibawah stesen Bandaraya....sungai kelang mengalir sepi, suram dan muram setelah dicemari

dihujungnya, pertembungan sungai kelang dan sungai gombak....tenang mengalir dicelah celah kota batu

Suasana tenang dan damai sekitar Masjid Jamek

Penat jalan jalan kat Bandaraya Kuala Lumpur, fish singgah makan kat restoran melayu. Ada jugak menyediakan makanan ala ala cina. trus fish order chee cheong fun ngan air green apple kasturi. Hilang dahaga

chee cheong fun

green apple kasturi (apple hijau blend dengan limau kasturi dalam bahasa melayunye)

tak leh lawan chee cheong fun Teluk Intan......tapi boleh la

Friday, January 2, 2009

Histeria.......Prosperity & Me

Hajat hati hari ni fish nak masuk panggung nak menonton cerita histeria. Tapi histeria la kejap sebab tiket dah abis padahal yang datang kebanyakkannya adalah bebudak cina......padan muka mula2 ingat nak tonton waktu pagi......tapi lepas jumaat baru nak keluar dari rumah.....tak pe la....esok masih ada....

Terus fish masuk Mek Di kat tingkat 5 Times Square.....ramai la plak orang....at last dapat gak tempat duduk kat depan kaunter..... mmmm..... akhirnya dapat jugak merasa "Prosperity Burger" yang setahun sekali muncul. Jom merasa......

McDonald kat tingkat 5 Berjaya Times Square....ramai plak org kat sini

Prosperity yang masih panas..."Beef Prosperity"....nasib baik bukan double beef

Curley fries yang tak berapa nak curley

mmmm......tengok je la...

aaaaaaaaa.......

sedapppppppppppp......

Lepas makan fish jenjalan cuci mata kat Berjaya Times Square. Ingat nak shopping skit, then ternampak kedai kasut Adidas lagi pun sekarang tengah ada "Year End Sales". Dah lama fish ingat nak tukar kasut sukan yang dah koyak tu...... sayang plak nak pakai kasut yang baru ni untuk bersukan. Ingat nak pakai jenjalan je....... mmmmmm....

Kasut sukan paling mahal yang pernah fish beli (RM 189.90) tak pe la sekali sekala beli untuk diri sendiri apa salahnya kan......

Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009

2008 melabuhkan tirai dengan 1001 satu kisah suka duka dalam hidup fish. Yang pasti 2009 telah menyingkap tirainya hari ini. Satu lagi cabaran yang akan fish hadapi sepanjang 365 hari yang pasti mencabar. Fish sendiri masih terumbang ambing dengan apa yang berlaku. Namun kehidupan tetap akan diteruskan meskipun fish tak pasti adakah tahun baru 2009 akan membawa kebahagiaan pada fish. Tahun 2009 adalah tahun Lembu (Ox - The Brown Earth Year) dalam Kalendar Cina dan Tahun 1430 Hijrah, tahun baru dalam Kalendar Umat Islam baru saja bermula. Fish berdoa agar tahun 2009 akan mengubah kehidupan fish....

Semalam ramai yang datang berkumpul di PNB Darby Park sempena sambutan tahun baru 2009. Terima kasih pada semua yang datang...


belakang tabir - orang kuat yang menjayakan acara "New Year Eve @ PNB Darby Park"


muffin yang lembut dan sedap atas permintaan seseorang.......bukan morfin....


buah buahan hasil kreativiti seseorang....anak sapa la yang buat ni confuse plak



Selamat Tahun Baru 2009