Thursday, December 11, 2008

Salam Takziah buat Zam.......

Salam takziah buat Zam sekeluarga diatas pemergian Allahyarhamah ibunda tercinta hari ini. Fish harap Zam tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah.....sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali..... Al-Fatihah.....semoga rohnya dicucuri rahmat

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Tuesday, December 9, 2008

Erti Sebuah Pengorbanan

Hari Raya Qurban ni banyak memberi dugaan dah cabaran dalam hidup fish serta orang orng yang fish sayang termasuk kawan kawan fish. Fish terima berita dari orang yang fish sayang bahawa umi dia terlantar di hospital tak sedarkan diri. Terkejut juga fish. Fish cuba sedaya upaya memberi semangat dan dorongan bagi menghilangkan rasa takut dan cemas dalam diri dia. Bersabar lah sayang, kita sama sama berdoa agar umi cepat sembuh. Di pagi raya dia terpaksa menemankan umi di hospital sementara menunggu ayah tiba...terharu fish dengar. rasa sedih dan hiba fish dapat bayangkan apa yg bermain dalam fikiran dia.....anak mana yang tak sayangkan ibunya....walaupun fish kehilangan ibu tersayang masa fish kecil, namun fish dapat rasakan hubungan seorang anak dan ibunya...betapa kasih seorang ibu mengatasi segalanya walaupun ada kemelut yang melanda.....tabahkan hatimu sayang......


Tabahkan hatimu......kuatkan semangat......tenangkan hati....sejernih air di kali....

Kepada sahabat ku Zam......apa jua yang berlaku, tabahkan hati jangan sesekali menunjukkan sebarang hiba dan duka dihadapan ibumu.....jagalah ibumu selagi hayatnya.....dan ingatlah Syurgamu dibawah telapak kaki ibu....

Salam Aidil Adha.....semoga segala pengorbanan kalian diberkati Allah....

Sunday, December 7, 2008

Sejarah Korban

SYARIAT dan syarat berkorban ialah dengan niat yang ikhlas dan taat kerana sesungguhnya Allah tidak memerlukan apa pun pengorbanan daripada kita, kecuali atas dasar ikhlas, taat serta patuh kepada-Nya.

Sejarah korban dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu zaman Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW.

Pada zaman Nabi Adam, korban dilaksanakan oleh anaknya, Qabil dan Habil. Menurut sejarah, kekayaan yang dimiliki Qabil mewakili kelompok golongan petani, sedangkan Habil mewakili kelompok penternak. Pada waktu itu, sudah mula ada perintah, sesiapa yang memiliki harta banyak, maka sebahagian hartanya hendaklah dikeluarkan untuk korban.

Sebagai petani, Qabil mengeluarkan korban daripada hasil pertaniannya, dan sebagai penternak, Habil mengorbankan haiwan peliharaannya untuk korban. Qabil mengeluarkan korban yang afdal (terbaik), iaitu hasil ternakan yang sihat, manakala Habil sebaliknya.

Hal itu diungkapkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika mana kedua-duanya mempersembahkan ibadat korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua (Habil), dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Lalu ia berkata: Aku pasti membunuhnya (Habil).” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Ayat di atas, membuktikan korban Habil diterima di sisi Allah atas dasar niat yang ikhlas dan taat dalam menjalankan perintah Allah. Korban Qabil tidak diterima Allah, kerana mengandungi unsur tidak ikhlas dan taat. Akhirnya, terjadilah peristiwa dan tragedi pembunuhan ke atas Habil oleh tindakan dendam kesumat Qabil. Sejarawan dan ahli tafsir menyatakan, itulah pembunuhan pertama dilakukan di kalangan umat manusia sejak bumi didiami insan.

Kisah korban kategori kedua pula adalah pada zaman Nabi Ibrahim. Baginda bermimpi mendapat perintah daripada Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, iaitu menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibasy. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan. Berjuang untuk mencapai kemuliaan, ternyata mesti ditempuh dengan berkorban.

Orang yang menyatakan dirinya berjuang, tanpa ada kemahuan untuk berkorban, sesungguhnya bukanlah pejuang melainkan pengikut. Jika ingin maju dan mulia, pasti ada gerakan yang dipeloporinya untuk berjuang sekali gus berkorban, iaitu mendekatkan diri kepada Allah.

Korban kategori ketiga, ialah zaman Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-3)

Syariat dan ibadat korban, bukanlah menyembelih haiwan setahun sekali. Yang penting ialah keikhlasan dan ketaatan menunaikan perintah Allah. Allah menguji iman, seperti menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan menyembelih Ismail. Allah tidak memerlukan darah dan dagingnya. Allah sekadar menguji keimanan Ibrahim dengan perintah dan ujian yang sangat berat itu.

Syariat dan ibadat korban terus berlaku hari ini hingga kiamat. Oleh itu, pada masa keperluan ekonomi semakin meningkat, akan wujud rasa berat untuk melaksanakan ibadat korban tetapi tugas itu akan menjadi ringan apabila kita ikhlas.

Bertepatan dengan keadaan saudara kita di beberapa negeri yang berhadapan tragedi banjir, ibadat korban yang dilakukan dan daging disedekahkan kepada mangsa sedang berhadapan dengan ujian dapat meringankan beban serta mengeratkan hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan program mengadakan ibadat korban di luar negara hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib masyarakat Islam di tempat lain yang mengharapkan kehadiran Aidiladha membawa kegembiraan kepada mereka. Meskipun haiwan yang disembelih, namun sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah haiwan dikorbankan itu. Yang dilihat Allah adalah niat ikhlas dan taat yang ada pada diri orang yang berkorban.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Sesetengah pihak berpendapat, kekayaan harta yang diperoleh adalah hasil jerih payahnya, kepandaian dan ilmunya. Mereka melupakan inayah dan pertolongan Allah.

Allahhu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilham....

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia

Saturday, December 6, 2008

Cinta Seorang Lelaki........

Ramai diantara kita yang berharap akan hadir seorang lelaki atau perempuan untuk dicintai dan disayangi sepanjang hayat kita walaupun cinta adakalanya seringkali datang dan pergi. Bagi fish cinta memerlukan pengorbanan. Setiap insan yang dilahirkan didunia ini ada kelemahan dan kelebihan masing masing. Bagi fish kita kena terima seadanya kalau kita sayang dan cinta akan seseorang itu. Ada sesetengah orang perlukan cinta untuk hidup bahagia seperti juga fish. Cinta dah sayang fish hanya pada seseorang.......fish akan cuba membahagiakan dia selagi fish mampu. dan fish nak dia tahu yang fish sayang dan cintakan dia......



Lelaki Ini

Kasih….
Kenanganku ingatkah saat-saat dulu
Kasih …
Apakah dirimu merasa kan semua itu
Kemana pun langkah ku pergi
Kumasih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintaimu selalu tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubariku .. ooooooo
Aku yang mencinta kamu ooooo
Hanya dirimu oooooo

Karena cintaku tak berbatas waktu
Karena cintaku tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu ..ooooo

Lelaki ini yang selalu mencintaimu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja hanya dirimu
Yang bertakhta dlm sanubariku ooooooo
Yang bertakhta dalam sanubariku ….

Friday, December 5, 2008

Kerja.....

Lega hari ni ...bos klua meeting kat Klang dari pagi....sampai sekarang tak balik lagi.......yahooo... riuh rendah opis ni bila bos tak ada....bagi fish, masa ni la masa yang tenang nak buat kerja tak ada gangguan dari bos. Lagipun bos bawak beberapa orang lagi ikut dia pegi meeting pasal projek baru...ingat sunyi la skit, tapi tak.....riuh rendah.....fish tgh sambung buat kerja sbb ada benda nak submit sebelum kul 4....sambil2 tu fish makan twisties "DUH TOMATO" ngan air "Lipton Clear Green Tea" sambil wat keje.....


twisties...mesti mau......

Habis la twisties fish kalau semua orang datang kat tmpt fish (kalau semut datang tak pe gak...tak abis pun) hahahahahahha...mmmm...nak buat entry makan kang ada org teringin pulak...so lain kali la...buat sementara ni entry makanan ringan je......ingat nak masukkan sambal goreng tempe fish makan masa lunch tadi.....takut ada org terasa plak..... (siapa yang makan petai, mulut dia la berbau - peribahasa baru, mintak cikgu2 tolong war warkan pada anak murid)

Ok la...fish nak sambung buat kerja....kang dikatakan mengular pulak, walaupun fish sebenarnya ikan......chow

Thursday, December 4, 2008

Rawan

Ramai yang tanya fish kenapa letak nama fish (bukan nama sebenar), saje je fish nak manja manja (dah besar besar tak leh nak manja) kang letak nama manja lain plak jadinya....... tak kurang juga yang tanya kenapa nama abangikan.....apalah yang ada pada nama yang penting hati, fish cuma nama samaran. Tak kisah la nak panggil apa.....

Fish nak cerita pasal lagu yg meletup kat radio sekarang ni (meletup ke) lagu Rawan dari Azharina Azhar. Banyak kali jugak fish dengar kat radio. Kalau dalam bahasa melayu "rawan" bermaksud:
  • keadaan yang tidak keruan seperti kehilanngan sesuatu
  • tulang lembut diantara tulang disebut sebagai tulang rawan
  • rawan sejenis paku pakis yang tumbuh dikawasan berair tawar disebut sebagai paku rawan
Fish nak merujuk pada "keadaan yang tidak keruan seperti kehilanngan sesuatu". Bagi fish kebanyakkan daripada kita pasti kehilangan sesuatu yg berharga dalam hidup, tak terkecuali fish. Rawan...... sesuatu yang kita tak pasti sama kita akan sembuh atau tidak, mungkin masa yang akan menentukannya........hanya diri kita sendiri yang mampu melawan rasa rawan itu

Rawan - Azharina

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku

Wednesday, December 3, 2008

Makan

Apa yang akan anda buat kalau tension? Ada sesetengah orang akan makan kalau dia tension.......mmmm .... kenapa makan? Mgkn juga boleh membuatkan seseorang tu lupa bila fikir tentang makan dan tak kurang juga yang tak lalu makan sbb tension.....yang pasti rakyat Malaysia suka makan. Dan dah banyak rakyat Malaysia mati kerana tak jaga pemakanan (selalin dari kemalangan jalanraya). Fish suka makan...tapi pandai la jaga pemakanan.....disini fish kumpul beberapa gambar makanan yang fish makan sepanjang minggu lps....enjoy


Teh Ais Cincau.....benda baru mesti cuba


Kacang panjang goreng petai


Speghetti


Mee Kari


Betik


Steam Chicken Rice


Kodomo Bento (Kat Sushi King)


Seafood Oleo

Tak lupa juga lepak dengan kengkawan opis kat Starbuck. Meriah kalau lepak ramai ramai, bercerita macam macam topik. Sekali sekala ok la......tak boleh la selalu......