Monday, May 9, 2011

Semangat


Setelah lama tak menulis, rasanya nak sambung balik macam liat, tapi alhamdulillah semangat makin kuat setelah keluar dari Hospital. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya semangat untuk pulih amat kuat. Benarlah kata orang semangat dan kekuatan perlu ada dalam diri untuk bangkit semula tak kira apa jua keadaan kita.

Susah nak gambarkan situasi yang berlaku setelah sebulan terlantar tak boleh berjalan. Kawanlah yang banyak memberi dorongan dan semangat untuk terus bangkit melawan dugaan. Terima kasih atas dorongan kalian.


Syukur

Alhamdulillah....sekali lgi dugaan melanda setelah 2 bulan lebih disahkan dengan "Guillain Barre Syndrome" atau "Landry Paralysys" hari ni dah nak masuk sebulan dah boleh jalan kembali seperti biasa. Cuma tak boleh buat kerja berat disebabkan masih sakit dia bahagian belakan setelah Hospital Ampang mengambil sampel air sum sum tulang untuk di analisis.

Ramai yang tak tahu tentang apa yang berlaku kecuali kawan kawan terdekat. Dibawah ada penerangan tentang "Guillain Barre Syndrome":

Guillain-Barre syndrome is a serious disorder that occurs when the body's defense (immune) system mistakenly attacks part of the nervous system. This leads to nerve inflammation that causes muscle weakness.

Causes, incidence, and risk factors

Guillain-Barre syndrome is an autoimmune disorder (the body's immune system attacks itself). Exactly what triggers Guillain-Barre syndrome is unknown. The syndrome may occur at any age, but is most common in people of both sexes between ages 30 and 50.

It often follows a minor infection, such as a lung infection or gastrointestinal infection. Most of the time, signs of the original infection have disappeared before the symptoms of Guillain-Barre begin.

The swine flu vaccination in 1976 may have caused rare cases of Guillain-Barre syndrome. However, the swine flu and the regular flu vaccines used today have not resulted in more cases of the illness.

Guillain-Barre syndrome damages parts of nerves. This nerve damage causes tingling, muscle weakness, and paralysis. Guillain-Barre syndrome most often affects the nerve's covering (myelin sheath). Such damage is called demyelination, and it causes nerve signals to move more slowly. Damage to other parts of the nerve can cause the nerve to stop working altogheter.

***takut pun ada bila baca sampai abis....

Sunday, January 16, 2011

Bengang

Laman sosial yang popular

Pagi pagi dah diganggu dengan dengan berpuluh panggilan dari 2 orang yang berbeza. Susah sangat nak faham bahasa melayu. Dah dapat call, sms...last2 kena block. Bengang jugak dengan orang yang tak faham bahasa. Sama juga dekat laman sosial, terima mesej dari orang yang kita tak kenali, tak layan dia psycho kita balik. Memang tak faham dengan perangai budah budak zaman sekarang. Satu laman sosial ni mmg popular. Budak budak sekolah pun dah ada akaun laman sosial ni.

Ada juga status kat laman sosial ni selalu disalah erti. Tak pe la...pedulikan....hahahahaha...malas plak nak layan orang yang tak reti bahasa ni. Syukurlah sebelah petang dah tak ada panggilan dan sms setelak kena block. Lepas ni ada lagi siap la nak kena maki......

p/s: dah buat privacy setting untuk kengkawan yang dikenali sahaja

Saturday, January 15, 2011

Jam, Masa dan Sukan

Dah lama nak beli jam tangan baru, hari ni terima parcel. Syukurlah dah sampai ketangan hasil belia dari internet semalam. Tak de la nak pakai jam yang sama kalau bersukan. Kali ni dapat beli Casio G-Shock secara online internet mudah dan jimat.

Tak nak cerita pasal jam, berbalik kepada aktiviti harian. Minggu ni tak dapat sangat nak bersukan sebab hujan. Masa untuk bersukan pulak makin kurang dengan bebanan kerja. Fish cuba sedaya upaya membahagikan masa untuk lebihkan bersukan walau sesibuk mana pun. Tapi entah la, kekadang banyak jugak buang masa...........hahahahahahaha. Kekadang bila masa dah berlalu baru nak fikir balik.

Hari ni hujan lagi. Sempat main pingpong sejam, selebihya tengok kawan2 main Squasy. Teringin gak nak main. Tak pe la mungkin lain kali. Esok masih ada. Cuba Badminton pulak, syukurlah main dalam dewan.

p/s: majulah sukan untuk kesihatan diri sendiri

Thursday, January 13, 2011

Gajet


Hasil terapi minda bila telefon rosak akhirnya Sony Ericsson Experia X8 jadi pilihan dengan sistem Android ... Terlintas nak tukar telefon dah lama hinggalah petang tadi bila telefon yang dah dipakai selama 4 tahun mula buat hal. Mula2 agak keberatan nak tukar..... tapi akhirnya ak jugak pakai telefon skrin sentuh sepeuhnya. Masih terkial kial menggunakan sistem Android..

Entah la mungkin fish seorang yang sukakan sangat dengan gajet2 baru ni. Syukurlah tak la semahal mana. Beli ikut kemampuan je. Takut nak berbelanja lebih. Apapun hati masih sayang dengan telefon lama sebab banyak berjasa.

Tetap dengan Sony Ericsson dengan sedikit kelainan.....bulan ni makan maggie.

Orang Lama

sekadar hiasan

Dah masuk tahun 2011, masih banyak benda yang perlu diperbaiki. Persoalan tentang kehidupan makin ligat difikiran. Usia makin berganjak dan 34 tahun hidup di bumi tuhan, Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tahun baru tapi azam tetap sama dan orang tetap lama. Azam nak jadi orang yang lebih baik dari tahun ke tahun tetap sama. Tapi hidup fish tetap sama, ceria, suka dan adakalanya duka.

Pasang surut hidup banyak mengajar diri tentang erti sebenar kehidupan. Usia bukan penghalang untuk kita menjadi insan cemerlang (berceramah pulak) walaupun banyak rintangan dan dugaan di zaman yang serba mencabar.

Langkah permulaan dalam tahun 2011 untuk kembali aktif menulis luahan rasa dan suara hati diri dalam cara yang lebih mudah, ringkas dan senang difahami.

Langkah 2011.....satu perjalanan baru...